> Pakar ortopedik Usim hasilkan Elev8thor mudahkan proses rawatan
Pakar ortopedik Usim hasilkan Elev8thor mudahkan proses rawatan
MOHD ZAINI OTHMAN, USIM 2 August 2018

Kesusahan dan kesukaran yang dialami jururawat, doktor dan pegawai perubatan di hospital dalam proses membersihkan luka pesakit yang cedera akibat patah kaki kini dapat diatasi dengan alat inovasi dikenali Elev8thor. Dihasilkan oleh pensyarah kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd Asha’ri Bain, ia merupakan alat sokongan yang bertujuan memudahkan kerja rawatan selain meringankan beban tugas jururawat dan pegawai perubatan ketika melakukan rawatan kepada pesakit.

Produk Elev8thor ini mengimplementasikan cara penggunaan yang mudah dan ringkas dalam mengurangkan komplikasi pada kecederaan di bahagian kaki, memudahkan pegawai perubatan dalam aspek pengurusan luka serta memberi keselesaan kepada pesakit terutamanya.

Ciri istimewa Elev8thor ialah ia mempunyai lapan komponen di mana lima daripada lapan komponen adalah mudah alih. Ciri lain dimilikinya ialah ringan dan kompak, ia boleh dilipat kerana direka dengan menggunakan hard and soft foam menjadikan ia boleh dilipat.

“Melalui pengalaman saya, alat ini mampu mempercepatkan lagi kerja penyucian luka pesakit dan mampu mengurangkan sekurang-kurangnya masa sekitar 15 ke 20 minit kerja-kerja kejururawatan berbanding secara tradisional yang memerlukan tiga atau lebih petugas untuk membantu proses mencuci luka bagi kes patah kaki misalnya.

Dr Ashaari menunjukkan Elev8thor yang mampu memudahkan dan mempercepatkan proses rawatan di hospital.

“Ele8thor ini dilihat dapat membantu pegawai perubatan untuk menjalankan pemeriksaan serta pengurusan luka setiap hari dengan lebih efisien.

“Melalui inovasi yang dihasilkan ini, kesulitan yang dihadapi ini dapat diatasi kerana Elev8thor dibina berasaskan sistem blok modular mudah alih. Blok-blok ini dicipta khas agar boleh bergerak dan dialih khusus untuk mengurangkan tekanan di kawasan luka dan mengelak ulser, sekali gus membantu mengurangkan komplikasi pada kecederaan di bahagian kaki selain memudahkan pegawai kesihatan dalam aspek pengurusan luka serta memberi keselesaan kepada pesakit,” ujarnya yang juga merupakan pakar bedah ortopedik.

Inovasi Elev8thor mendapat pengiktirafan di Ekspo Inovasi Islam 2018 dengan menerima Anugerah Pingat Emas.

Menurut Dr Mohd Asha’ari Bain lagi, inovasi yang dihasilkan oleh beliau ini tidak terhad dalam memudahkan rawatan luka sahaja kerana ia boleh juga boleh digunakan dalam beberapa prosedur rawatan ortopedik seperti prosedur ‘balance traction’ untuk rawatan tulang retak di bahagian kaki dan prosedur x-ray.

Ia juga dapat digunakan sebagai alat bantu dalam proses pembalutan simen, prosedur ‘interlocking tibia’ untuk kecederaan di bahagian tulang tibia serta rawatan yang menggunakan ‘split skin graph’.

Elev8thor yang dibuat menggunakan busa keras dan lembut serta dibalut dengan kain kulit dibangunkan dengan kos RM250. Sebagai pengamal perubatan, inovasi yang beliau hasilkan ini pastinya memiliki ciri mudah dialih dan dibasuh. Inovasi ini turut mendapat pengiktirafan baru-baru ini apabila memenangi memenangi pingat emas di Ekspo Inovasi Islam (-INOVA) kali kelapan yang dianjurkan di Usim.

Mantan Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Wira Abu Bakar Md Diah tertarik dengan inovasi Elev8thor yang dihasilkan oleh FPSK Usim.

Produk inovasi ini kini dalam proses dipatenkan dan apabila ia selesai, pihak industri yang berpotensi akan dikenalpasti untuk dilantik sebagai pengeluar supaya produk ini dapat dikomersialkan dan berada di pasaran.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...