> > Mimos terajui pembangunan kurikulum TVET
Mimos terajui pembangunan kurikulum TVET
WARTAWAN SINAR HARIAN 10 August 2018

KUALA LUMPUR - Mimos Bhd dijangka menerajui pembangunan kurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kualiti program dan kebolehpasaran lepasan TVET untuk menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, Nurul Izzah Anwar berkata terdapat keperluan mendesak untuk memperbaiki program berkenaan bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan.

“Untuk kekal berdaya saing dalam Industri 4.0, kita memerlukan masa, pelaburan, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak,” kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu selepas merasmikan Seminar Perindustrian Keempat (4IR): Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di ibu pejabat Mimos hari ini.

Seminar berkenaan bagi membantu para peserta lebih memahami mengenai hala tuju kerajaan, jangkaan industri dan keupayaan institusi berkaitan dengan TVET.

Nurul Izzah berkata kerajaan akan melihat industri dan institusi penyelidikan untuk menyertai atau mengetuai transformasi TVET.

Sesi town hall akan diadakan untuk membincangkan belanjawan dan pelan induk TVET, katanya dan memaklumkan bahawa peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) tahun ini telah dikurangkan kepada RM180 juta daripada RM300 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata lebih banyak buruh mahir diperlukan, dan pada masa yang sama, pengangguran akibat automasi dan kecerdasan buatan, serta kebimbangan terhadap teknologi, perlu ditangani.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...