> > Dua atlet UTeM terima Anugerah Sukan Berprestij MASUM 2017
Dua atlet UTeM terima Anugerah Sukan Berprestij MASUM 2017
KHAIRULHUSAINI, UTEM 10 August 2018

Dua orang atlet dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Mohamad Taufiq Md Osman Ani dan Anis Amirah Basri telah menerima anugerah Atlet Lelaki Terbaik Universiti dan Atlet Wanita Terbaik Universiti pada Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2017 yang telah berlangsung di Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anugerah tersebut telah mempertandingkan sebanyak 13 kategori yang menjadi rebutan dalam kalangan 20 Universiti Awam Malaysia dengan anugerah utama yang menjadi tumpuan adalah Olahragawan dan Olahragawati MASUM 2017.

Menurut Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr. Rosli Saadan sewaktu ditemui selepas tamat majlis menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga di atas penghargaan yang diberikan kepada atlet UTeM.

Mohamad Taufiq dan Anis Amirah bersama Pengarah Sukan UTeM dan Pegawai Belia dan Sukan UTeM.
Mohamad Taufiq dan Anis Amirah bersama Pengarah Sukan UTeM dan Pegawai Belia dan Sukan UTeM.

"Anugerah yang diterima menjadi pembakar semangat untuk terus komited untuk terus membawa dan mengharumkan nama UTeM ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Mohamad Taufiq Md Osman Ani yang merupakan mahasiswa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP) yang bergiat aktif dalam acara rowing dan telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik pada Majlis Anugerah Sukan UTeM 2017.

Manakala Anis Amirah Basri pula merupakan mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) yang telah mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2017 dan memenangi pingat gangsa pada kejohanan tersebut menerusi acara petanque telah diangkat sebagai Olahragawati Terbaik pada Majlis Anugerah Sukan UTeM 2017.

Mohamad Taufiq dan Anis Amirah menerima pelukan dari ibu mereka yang turut sama hadir pada majlis tersebut.
Mohamad Taufiq dan Anis Amirah menerima pelukan dari ibu mereka yang turut sama hadir pada majlis tersebut.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Gazali Abas bersama Naib Canselor UM Datuk Ir Dr. Abdul Rahim Hashim dan Pengerusi MASUM, Prof. Datuk Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Pada majlis tersebut, kedua-duanya telah membawa pulang sijil penghargaan dan trofi kemenangan yang diserahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Gazali Abas.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...