> > UTeM berkayuh jelajah seluruh Semenanjung Malaysia
UTeM berkayuh jelajah seluruh Semenanjung Malaysia
KHAIRULHUSAINI, UTEM 10 August 2018

BERBEKALKAN semangat kesukanan yang tinggi, Pasukan Berbasikal Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menjalankan Program Kayuhan Jelajah Malaysia Atlet Pusat Sukan Tumpuan Berbasikal UTeM-KPT 2018 dari 9 sehingga 16 Julai lalu.

Kayuhan yang bermula di Dataran Canselori Kampus Induk UTeM Durian Tunggal telah dilepaskan Bendahari UTeM Khairul Taib, yang mana ia merupakan kayuhan pelancaran peringkat pertama dari UTeM ke Batu Pahat sejauh 132 kilometer dan menariknya kayuhan ini turut disertai Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Kayuhan tersebut melibatkan keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia dengan perjalanan berjarak keseluruhan sejauh 1,372 Kilometer yang mana kayuhan turut merentasi Mersing pada 9 Julai, Kuantan (10 Julai), Kuala Terengganu (11 Julai), Kelantan (12 Julai) dan Gerik (13 Julai).

Perjalanan kemudian diteruskan dengan pendakian mencabar dari Kuala Kangsar ke Cameron Highlands pada 14 Julai sebelum turun ke Tapah keesokan harinya, pada 15 Julai dan seterusnya melalui Batang kali dan Bangi sebelum terus bergerak pulang ke UTeM pada 16 Julai.

Pasukan Berbasikal bergambar kenangan sebelum memulakan kayuhan.

Menurut Dr. Shahrin, objektif program Kayuhan Jelajah Malaysia Atlet Pusat Sukan Tumpuan Berbasikal UTeM-KPT 2018 adalah bagi menyahut hasrat universiti untuk membudayakan gaya hidup sihat di kalangan warga UTeM.

"Kayuhan Jelajah Malaysia ini turut menjadi cabaran terhadap saya sendiri kerana ini merupakan pertama kali UTeM menganjurkan sesi kayuhan sejauh 1372 Kilometer.

“Kayuhan ini secara tidak langsung menjadi latihan buat diri saya dan pasukan dalam mempersiapkan diri bagi menyertai sesi kayuhan ke luar negara yang sedang giat dirancang,” katanya yang mengayuh sehingga ke Batu Pahat.

Pasukan Program Kayuhan Jelajah Malaysia Atlet Pusat Sukan Tumpuan Berbasikal UTeM-KPT 2018 telah disertai kira-kira tujuh orang pelajar dan 10 orang kakitangan UTeM.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...