> SEL KL > Majlis Konvokesyen KUIS kali ke-21 rai graduan sulung PhD
Majlis Konvokesyen KUIS kali ke-21 rai graduan sulung PhD
WARTAWAN KAMPUS UOLS Sabtu | 11 Ogos 2018

BANDAR SERI PUTRA, BANGI – Seramai 1,534 graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menerima Sarjana, Ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen kali ke-21 di sini.

Majlis pada tahun ini disempurnakan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor yang baharu iaitu YAB Tuan Amirudin Shari.

Majlis pada kali ini berlangsung sebanyak 4 sidang yang mana sidang ke-2 akan disampaikan oleh Rektor KUIS, Profesor Dato Dr Ab Halim Tamuri, dan Sidang 3 akan disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor iaitu Dato Setia Hj Muhamad Khusrin Hj Munawi dan Sidang ke-4 oleh Dato Bahtiar Hussin selaku Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor.

Seramai 8 orang pelajar menerima anugerah hadiah akademik kerana pencapaian terbaik dalam bidang akademik dan kepimpinan. Anugerah DYMM Sultan Selangor dianugerahkan kepada Nur Amalina binti Sahudin, pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran), Fakulti Pengurusan & Muamalah KUIS yang mendapat Ijazah Kelas Pertama. Sepanjang menuntut di KUIS baik di peringkat Asasi mahupun Ijazah Sarjana Muda, beliau merupakan Penerima Anugerah Dekan pada setiap semester. Pencapaian terbaiknya sebelum ini ialah Penerima Anugerah Inspirasi Mahasiswa III (AIM III) dan Anugerah Penerbit Terbaik MCP 2016.

Buat julung kalinya, pada tahun ini KUIS telah melahirkan 2 orang graduan dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang PhD Islamiyyat.

Sehingga kini KUIS telah melahirkan seramai 19,000 orang graduan dalam pelbagai disiplin ilmu yang telah berkhidmat dalam pelbagai sektor sama ada kerajaan atau swasta.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...