> TEMPAT LEPAK > Tarikan kopi hentak meja
Tarikan kopi hentak meja
HIDAYAH HAIROM Ahad | 12 Ogos 2018

KUALA LUMPUR - Lepas minum hentak meja? Itu antara tarikan salah satu gerai di Bazaria Pantai, Pantai Dalam, di ibu negara apabila menawarkan menu unik ‘kopi hentak meja’.

Beroperasi untuk sesi minum petang hingga lewat malam, Gerai Kacang Pool Kopi Hentak Meja yang diusahakan oleh sebuah keluarga ini turut menawarkan kepelbagaian menu berasaskan kacang pool dan beberapa menu istimewa lain.

Bagaimanapun, bagi minuman, kopi hentak meja menjanjikan keistimewaannya yang tersendiri.

Pemilik gerai, Razif Ramli, 37, berkata, kopi hentak meja direka khas menggunakan idea dia sendiri yang mahu menjenamakan kopi minuman keluarganya.

Menurutnya, kelainan yang ada pada rasa kopi yang disajikan mampu memikat selera orang ramai meskipun bukan penggemar kopi.

“Selain kopi panas, kita juga sediakan kopi hentak meja sejuk. Nama ‘hentak meja’ ni diberikan sebagai simbolik rasa istimewa kopi ini.

“Orang kata, sedap sampai hentak meja lah!, “ katanya.

Beroperasi bermula jam 3 petang hingga lewat malam, Gerai Kacang Pool Kopi Hentak Meja ini juga menawarkan menu makanan yang ringkas untuk pilihan pelanggan yang mahu bersantai.

Untitled
Razif menunjukkan antara menu yang disajikan di gerainya terletak di Bazaria Pantai.

Pemilik juga merancang untuk membuka operasi perniagaan untuk sarapan pagi dalam masa terdekat.

Kacang pool memikat selera

Menu-menu berasaskan kacang pool juga mampu memecah selera pelanggan terutamanya penggemar makanan berasal dari selatan tanah air ini.

Razif berkata, keistimewaan kuah kacang pool yang disediakan adalah kepekatan kuahnya yang pekat juga merupakan resipi turun temurun keluarganya.

1
Kopi hentak meja dihidangkan panas dan sejuk.

“Biasanya kami masak untuk makan bersama keluarga. Jadi mengapa tidak saya kongsi rasa istimewa ini dengan pelanggan.

“Jadi kami buat keputusan untuk menukar menu hidangan yang ditawarkan di gerai ini sejak lebih setahun lalu memandangkan di kawasan ini tiada lagi yang menawarkan menu ini,” katanya.

Antara menu kacang pool yang disajikan adalah kentang goreng keju kacang pool, kacang pool roti Benggali, kacang pool roti bowl.

Selain itu, menu lain adalah mi rebus gear box, mi rebus tetel, roti telur goyang, mushroom sup roti bowl, roti bakar telur goyang, dan roti bakar kaya.

Kesemua menu ditawarkan dengan harga serendah RM2 hingga RM10.

Pelanggan juga boleh mengetahui kemas kini waktu operasi Gerai Kacang Pool Kopi Hentak Meja melalui Facebook dan Instagram.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...