> AKTIVITI KAMPUS > PHARMSA Aimst University anjur kempen kesedaran bahaya diabetes
PHARMSA Aimst University anjur kempen kesedaran bahaya diabetes
GOKINA MORGANAN Khamis | 16 Ogos 2018

SUNGAI PETANI- Menyedari kepentingan pendidikan kesihatan yang perlu diberikan kepada masyarakat tentang bahaya diabetes, Persatuan Farmasi Institut Perubatan , Sains dan Teknologi Asia, (PHARMSA) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia (MyPSA) menganjurkan Kempen Diabetes: Kehidupan Lebih Manis Dengan Sedikit Gula 2018 berlangsung di Amanjaya Mall Sungai Petani, Kedah.

Pengerusi kempen itu, Low Phoe Be berkata, hampir 400 orang pengunjung diberi pelbagai maklumat tentang bahaya berkaitan penyakit itu selepas majlis perasmian dilakukan oleh Dekan Fakulti Farmasi Aimst University, Profesor Dr Mohd Baidi Bahari secara percuma.

“Dengan program seumpama ini diharapkan masyarakat akan merasai kehadiran universiti dan memberi manfaat kepada mereka dalam bentuk penyebaran ilmu dan kepakaran kepada masyarakat tempatan, terutama golongan remaja dapat juga mengetahui tentang komplikasi penyakit diabetes iaitu kencing manis yang sentiasa bertambah pesakitnya dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, menerusi kempen itu, masyarakat umum diberi pendedahan kepada mereka tentang cara untuk menggunakan alatan bagi pemeriksaan sendiri kadar gula dalam darah.

Selain daripada aktiviti ceramah, turut diadakan pemeriksaan kadar gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah, dan pameran diabetes.

Salah seorang pelajar sedang memberi penerangan berkaitan bahaya diabetes.
Salah seorang pelajar sedang memberi penerangan berkaitan bahaya diabetes.

“Saya berterima kasih semua pihak yang menjayakan kempen ini terutama kepada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr K M Sundram; Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Khidmat Nasihat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Rosidah Radzian.

“Pengurus Pusat Diagnostik BP Sungai Petani, Lee Hooi Meng, Pengerusi MPS Kedah, Teoh Hock Guan, Pengerusi MCPG Cawangan Utara, Foon Hwei Foong, Pegawai Jabatan Farmasi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Siti Hasna Syed Mohamed, Wakil Perolehan Organ Transplantasi HSAH, Siti Baizudi Che Ahmad dan Presiden PHARMSA, Ooi Yin Hong kerana banyak memberi kerjasama bagi menjayakan kempen itu,” katanya.

Terdahulu, Phoe Be berkata, banyak masalah bakal dihadapi pesakit kencing manis jika tindakan awal tidak dilakukan.

“Sesetengah pihak tidak begitu ambil berat mengenainya dan mereka sanggup makan dan minum apa sahaja yang disukai tanpa memikirkan tentang bahaya selepas sahaja mengidap penyakit berkenaan.

“Pada masa ini, peratusan pesakit diabetes di kalangan mereka yang berumur lebih daripada 30 tahun meningkat ke 20.8 peratus dan ia telah menjejaskan kesihatan 2.8 juta individu tertentu di negara ini,” katanya.

Katanya lagi, kempen kesihatan itu amat penting bagi menyebar langkah pencegahan penyakit diabetes kepada orang awam.

“Mereka yang mahu menjaga kesihatan diri masing-masing, kita membuat pemeriksaan percuma seperti ujian ketumpatan galian tulang, indeks jisim tubuh (BMI), ujian paras gula dalam darah, ujian tekanan darah, pengukuran skala elektronik untuk jisim rangka dan otot serta ujian biasa bahagian mata.

“Sesi kaunseling turut diberikan oleh para pelajar farmasi Aimst University bagi menggalakkan peserta serius untuk menjaga diri dalam penjagaan kesihatan dalam menangani penyakit itu,” tambah Phoe Be lagi.

Para pelajar yang terlibat dalam kempen berkenaan.
Para pelajar yang terlibat dalam kempen berkenaan.

Kempen itu ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), 4U Leisure Garden Dessert, Syarikat Biskut Julie’s dan Optical 99.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...