> ISU > Pernah leburkan RM20,000 namun apa yang pelajar ini dapat selepas itu amat membanggakan ibunya!
Pernah leburkan RM20,000 namun apa yang pelajar ini dapat selepas itu amat membanggakan ibunya!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 16 Ogos 2018

Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan gembira Sharul Ikmal Mohd Sukkeri, 22 tahun apabila segala perit jerih semasa belajar akhirnya berbayar apabila dia dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademi untuk Majlis Konvokesyen MSU kali ke-23 baru-baru ini.

Pemegang Diploma in Management (Faculty Business Management and Professional Studies), Sharul yang datang ditemani ibunya, Azlina Jamil menganggap kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah sangat bermakna buat dirinya kerana dapat membuktikan bahawa insan istimewa sepertinya juga boleh berjaya sama seperti insan normal yang lain.

“Walaupun saya ada kekurangan, tapi saya tak jadikan kekurangan ini sebagai penghalang untuk saya berjaya. Memang, ada masanya kaki saya akan rasa sakit kalau terlebih bergerak dan tidak dapat berjalan dalam jarak yang jauh, namun itu tak menjadi halangan sebab saya akan sentiasa cari jalan penyelesaian kepada semua cabaran ini.

“Apa yang membuatkan saya bersemangat adalah ibu saya yang mana beliau tidak pernah jemu memberikan sokongan dan dorongan tatkala saya rasa ‘down’. Begitu juga dengan Miss Mok yang saya anggap sebagai mentor saya selaku seperti ibu angkat, beliau sentiasa membantu saya dari segi akademik dan ‘self development’. Juga rakan-rakan yang banyak membantu dan berkawan dengan mereka membuatkan saya berasa sama seperti orang lain serta para pensyarah MSU yang tak pernah ada ‘double standard’ kepada saya dengan memberikan tunjuk ajar tanpa mengira waktu. Kesan daripada sokongan mereka dan layanan sama rata inilah telah memberikan saya satu semangat dan perasaan boleh lakukan seperti mana insan normal yang lain,” kata Sharul yang berasal dari Selangor ini.

Anak tunggal ini turut berkongsi kisah pengalamannya pernah meleburkan duit pengajian sebanyak RM20,000!

“Kisahnya macam ni, selepas SPM saya dapat masuk ke sebuah kolej swasta. Di situ saya buat A-Level dengan harapan selepas A-Level saya akan ke luar negara untuk sambung pengajian dalam bidang Undang-undang. Tetapi, saya tidak berjaya atau kata lain saya ‘fail’. Pada mulanya saya tidak putus harapan, saya ‘repeat exam’ A-Level tapi masih tak berjaya. Kos yang dilaburkan untuk A-Level saya adalah dalam RM20,000 dan duit itu lebur begitu sahaja tanpa dapat apa-apa.

shahrul dan ibunya
Sharul ditemani ibunya semasa Majlis Konvokesyen MSU baru-baru ini.

“Apa yang membuatkan saya terkesan adalah, duit itu adalah harapan ibu saya untuk melihat saya berjaya, namun apakan daya, saya gagal. Tak nak melihat ibu saya kecewa, saya sambung pengajian di MSU dan alhamdulillah, sepanjang bergelar mahasiswa di MSU saya telah menerima beberapa penghargaan antaranya ‘Dean’s List Award, President’s List Award dan terbaharu Academic Award. Dengan kejayaan ini sekurang-kurangnya dapat membayar balik duit yang saya leburkan dahulu,” katanya yang menjadikan YB Syed Saddiq sebagai idola selain Nick Vujicic seorang tokoh yang juga insan istimewa.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...