U-Inovasi > UPM bangunkan inovasi Alat Penyerap Getaran Struktur, kurangkan risiko ketika gempa
UPM bangunkan inovasi Alat Penyerap Getaran Struktur, kurangkan risiko ketika gempa

Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membangunkan inovasi Alat Penyerap Getaran Struktur (Structural Vibration Absorber Device) yang menyerap getaran akibat kesan daripada gempa bumi, sekali gus mengelak kerosakan kepada bangunan dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa ketika gempa bumi.

Alat itu boleh digunakan untuk pelbagai jenis bangunan, termasuk bangunan konvensional, dan mampu berfungsi dalam lingkungan keamatan gempa bumi yang berbeza bagi melindungi bangunan berkenaan daripada getaran permukaan tanah.

Malahan, penggunaannya bukan terhad kepada bangunan sahaja, tetapi juga boleh digunakan bagi jambatan, kenderaan, jentera, jeti dan jalan keretapi api atau apa sahaja struktur yang terdedah kepada getaran.

Inovasi itu membabitkan empat teknologi – Dinding Peredam Getah, Peredam Viskos Pelbagai Guna, Pendakap Peredam Viskoelastik, dan Pendakap Mampatan Volumetrik yang dijadikan sebagai sistem kawalan getaran dan alat peredam.

Ia menyerap getaran dalam struktur binaan dan bangunan bagi mengurangkan kesan pergerakan struktur disebabkan oleh beban seismik dengan meningkatkan keupayaan rintangan keseluruhan sisi dan ciri redaman struktur bangunan.

Teknologi itu dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik diketuai Prof. Madya Dr. Farzad Hejazi dari Fakulti Kejuruteraan, UPM. Penyelidik lain ialah Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Mohd Azmi Mohd Zain, Mehdi Mohammadi, dan Esmaeil Ebrahimi.

Prof. Madya Dr. Farzad berkata, alat peredam (damper) akan bertindak apabila dipasang pada struktur yang mengalami getaran ketika berlaku pergerakan tanah dan ia akan menyerap getaran itu secara efisien bagi membantu mengelak kerosakan kepada struktur berkenaan.

“Alatan berasaskan daripada getah ini juga mampu berfungsi sebagai penyerap getaran melalui aplikasi lesapan tenaga pasif untuk meningkatkan kapasiti keseluruhan rintangan sisi dan ciri redaman pada struktur bagi mengukuhkan binaan konkrit.

“Ia mampu menjimatkan sehingga 60 peratus bebanan kos berbanding alatan import berkapasiti sama yang terdapat di pasaran,” katanya sambil menjelaskan bahawa kecuali Peredam Viskos Pelbagai Guna, kesemua alat itu menggunakan bahan hijau iaitu getah, yang merupakan bahan tempatan yang murah, yang berfungsi sebagai penyerap getaran,” katanya.

Beliau berkata, alatan itu mudah dipasang pada struktur baharu atau sedia ada, manakala reka bentuknya diolah supaya ia kos efektif, yang membolehkannya digunakan untuk bangunan konvensional termasuk di Sabah dan Sarawak.

Penyelidikan untuk membangunkan Alat Penyerap Getaran Struktur ini bermula pada 2006, disusuli pembinaan prototaip pada 2012, sebelum ujian berskala penuh pada tahun ini.

Katanya, kesemua alat itu sudah sedia untuk dikomersialkan dan ketika ini, prototaip berskala pasaran sedang dihasilkan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...