> SEL KL > Sultan Selangor berkenan sampaikan anugerah kepada 12 Kadet Terbaik PALAPES UPM
Sultan Selangor berkenan sampaikan anugerah kepada 12 Kadet Terbaik PALAPES UPM
NAZIRUL ABDUL RAZAK Rabu | 19 September 2018

SEPANG – Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tuanku Sultan Selangor berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Rejimental PALAPES UPM di Hotel Sama-Sama, KLIA, baru-baru ini.

Baginda yang juga merupakan Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) tiba jam 8 malam disambut meriah pegawai kanan universiti, pegawai-pegawai tentera serta tetamu lain.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Naib Canselor, Kol (K) Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, merangkap Komandan PALAPES UPM.

Dalam majlis berkenaan, baginda turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada 12 Kadet Terbaik sempena Pentauliahan Diraja PALAPES UA (Universiti Awam) yang telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ogos lalu.

Tuanku Sultan Selangor bergambar bersama ahli pengurusan.
Tuanku Sultan Selangor bergambar bersama ahli pengurusan.

Sementara itu, Dr. Aini dalam ucapannya berkata, melahirkan individu yang berjaya dan cemerlang bukan bergantung kepada keupayaan akademik semata-mata, tetapi ia juga saling berkait rapat dengan amanah sebagai insan pemimpin kepada kehidupan dan persekitaran.

"Memiliki sifat Ihsan, sahsiah diri yang baik, tahap disiplin dan nilai murni yang tinggi, keterampilan diri yang unggul, dan sikap kepimpinan yang terpuji merupakan antara prasyarat kepada kepemimpinan yang cemerlang. Ihsan bukanlah merujuk kepada sifat belas kasihan, tetapi juga merupakan kesempurnaan dalam melaksanakan sesuatu amanah dan tahap tertinggi dalam ibadah," katanya.

Bagi Pengarah Program, Lt M Mohamad Faiz Wahid yang juga merupakan penerima Anugerah Kadet Terbaik Kategori Lelaki, majlis makan malam ini merupakan majlis tahunan sebagai penghargaan pihak universiti kepada anggota PALAPES setelah penat mengharungi cabaran selama tiga tahun bergelar Pegawai Kadet.

Pengarah Program, Mohamad Faiz ketika memberi ucapan dalam majlis berkenaan.
Pengarah Program, Mohamad Faiz ketika memberi ucapan dalam majlis berkenaan.

"Kami juga meraikan pegawai dan jurulatih yang telah bersara dan berpindah iaitu Ketua Jurulatih, Mejar Che Muhammad Azeman Nik Hassan yang berpindah ke Markas Latihan, Port Dickson sekali gus sebagai tanda menghargai sokongan dan didikan beliau. Majlis ini juga merupakan platform bagi mengeratkan hubungan antara pegawai muda yang baru ditauliahkan dengan warga PALAPES amnya dan UPM khasnya," katanya.

Pegawai kadet terbaik bagi kategori Tentera Darat yang menerima anugerah penghargaan berkenaan ialah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan, Lt M Mohammad Sufi Othman; Pegawai Kadet Terbaik Lelaki, Lt M Mohamad Faiz Wahid; Pegawai Kadet Terbaik Wanita, Lt M Fatin Afiqah Roslan; Pegawai Kadet Akademik Ketenteraan Terbaik (L), Lt M Mohamad Ameerul Ishak; Pegawai Kadet Akademik Ketenteraan Terbaik (P), Lt M Nur Fatin Asyilah Abdul Rahim dan Pegawai Kadet Akademik Terbaik, Lt M Nur Shafika Ismail.

Untuk kategori Tentera Laut, Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan ialah Lt M Wan Muhd Afiq Wan Ismail PSSTLDM; Pegawai Kadet Terbaik (L), Lt M Mohd Solihan Hamzah PSSTLDM; Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan (P), Lt M Nurul Safikah Ramlan PSSTLDM; Pegawai Kadet Terbaik (Ketenteraan), Lt M Muhammad Aimullah Rahim PSSTLDM; Pegawai Kadet Terbaik (Akademik), Lt M Muhammad Bushairy Badrol Hisham PSSTLDM dan Pegawai Kadet Terbaik (Sukan), Lt M Baddariah Hanim Abdul Ghani PSSTLDM.

Sebahagian Jawatankuasa Tertinggi Majlis Santapan meraikan mantan Ketua Jurulatih, Mejar Che Muhammad yang berpindah ke Markas Latihan, Port Dickson.
Sebahagian Jawatankuasa Tertinggi Majlis Santapan meraikan mantan Ketua Jurulatih, Mejar Che Muhammad yang berpindah ke Markas Latihan, Port Dickson.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...