> KONVO > Majlis Konvokesyen OUM ke-22 bakal berlangsung
Majlis Konvokesyen OUM ke-22 bakal berlangsung
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 20 September 2018

KUALA LUMPUR – Open University Malaysia (OUM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-22 selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 September ini.

Seramai lebih 2,500 pelajar akan menerima skrol daripada Pro Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim.

Majlis konvokesyen yang bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra itu akan turut menyaksikan pengijazahan 54 pelajar dari International Open College (IOC), iaitu kolej di bawah Kumpulan Meteor sama seperti OUM.

Kemuncak kepada majlis konvokesyen itu adalah penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Filem) kepada ikon sinematik, Datuk Yusof Haslam, atas sumbangan cemerlang beliau dalam industri perfileman.

Pada majlis itu juga, seramai 294 graduan antarabangsa dari enam buah negara dan tiga graduan dari Sekolah Integriti Penjara Kajang, masing-masing akan menerima Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

Sementara itu, pada Majlis Anugerah Institut Pembangunan Profesional (IPD) yang bakal berlangsung pada Ahad ini, ikon televisyen tempatan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar Kamaruddin akan menerima Anugerah Meritorious atas sumbangannya terhadap pembangunan modal insan industri kreatif melalui pembelajaran sepanjang hayat.

OUM yang merupakan peneraju pembelajaran terbuka dan jarak jauh di negara ini menawarkan program pengajian bermula dari peringkat diploma hingga doktor falsafah dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan dan pengurusan, sains gunaan, pendidikan dan sains sosial.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...