> UTARA > Rangkul lima anugerah utama, UPSI unggul di Anugerah Tokoh Siswa 2017
Rangkul lima anugerah utama, UPSI unggul di Anugerah Tokoh Siswa 2017
MOHAMMAD FATHI MOHD YAZIZ, MPP UPSI Isnin | 24 September 2018

ARAU - Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merangkul lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang berlangsung pada 22 September di Dewan ilmu, Kampus Alam Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau, Perlis.

Lima anugerah yang berjaya dirangkul adalah Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan yang dimenangi Mohammad Izzuddin Zakaria, Anugerah Pemimpin Fakulti/Persatuan/Kelab dimenangi Kevin Tan, Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman pula dimenangi Mohd Wafiy Mohammad Taufik serta masing-masing Anugerah Pemimpin Program Sukan dimenangi Farah Afifah Ahmad Suhaimi dan Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan oleh Mohd Fakhrullah Farrok.

Para pemenang Anugrah Tokoh Siswa 2017 dari UPSI.
Para pemenang Anugrah Tokoh Siswa 2017 dari UPSI.

Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah berprestij peringkat nasional yang digerakkan sebagai satu rangsangan menjurus kepada bidang kepimpinan dan kesukarelawanan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini diadakan bagi mengiktiraf para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menunjukkan tahap pencapaian cemerlang luar biasa dalam bidang kokurikulum di samping akademik.

Majlis telah disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullah, Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran dan Naib Canselor Universiti Awam (UA) lain serta para pegawai tertinggi KPM.

Para pemenang bergambar bersama Raja Muda Perlis dan Dr. Maszlee.
Para pemenang bergambar bersama Raja Muda Perlis dan Dr. Maszlee.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...