> SEL KL > Larian amal Hot & Cold Charity Run, Vanidah dan Rashidi turut serta memeriahkan
Larian amal Hot & Cold Charity Run, Vanidah dan Rashidi turut serta memeriahkan
NAHRIZUL ADIB KADRI, UM Isnin | 24 September 2018

Sebuah larian amal bagi mengumpul dana untuk Majlis AIDS Malaysia telah diadakan di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini dan berjaya mengumpulkan lebih RM100,000 hasil sumbangan syarikat swasta dan penyertaan peserta larian.

Program yang dinamai ‘Hot & Cold Charity Run’ ini merupakan program tahunan anjuran Fakulti Perubatan UM sejak 2017, dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia dan Persatuan Alumni Fakulti Perubatan UM. Edisi kali ini telah melihat seramai 1,700 orang peserta mengambil bahagian dalam tiga kategori berdasarkan jarak laluan, iaitu 3, 5, dan 10 kilometer. Laluan larian telah membawa para peserta mengelilingi kampus UM, melewati pelbagai fakulti dan bangunan bersejarah.

Peserta memulakan larian sebaik dilepaskan.
Peserta memulakan larian sebaik dilepaskan.

“Penganjuran ‘Hot & Cold Charity Run’ pada kali ini adalah pada Hari Malaysia, dan saya amat gembira melihat para peserta turut menunjukkan semangat patriotisme mereka semasa berlari dengan membawa Jalur Gemilang. Beberapa keluarga turut dilihat mengambil bahagian, dan ini amat bertepatan dengan objektif penganjuran program,” kata Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, Dekan Fakulti Perubatan, dan juga Presiden, Majlis AIDS Malaysia, sejurus selepas melepaskan para peserta di garisan permulaan di hadapan Dewan Tunku Canselor UM.

Menariknya, penganjuran program larian ini telah berjaya mencapai objektif penjanaan dana untuk Yayasan AIDS Malaysia dan Tabung Pembangunan Fakulti Perubatan UM melalui sumbangan wang tunai dan barangan dari pelbagai badan dan agensi.

Antara pihak penaja yang menyampaikan sumbangan.
Antara pihak penaja yang menyampaikan sumbangan.

Selain medal dan juadah ringan, para peserta juga berpeluang didedahkan dengan maklumat lanjut dari pelbagai reruai penaja, termasuklah fungsi Majlis AIDS Malaysia, di penghujung larian. Pasangan pengkarya seni, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak turut meluangkan masa melepaskan peserta, dan mengambil bahagian dalam acara 5 kilometer.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...