> Inovasi sendi buku lali, Pakar Ortopedik UKM terima pingat emas di China
Inovasi sendi buku lali, Pakar Ortopedik UKM terima pingat emas di China

BANGI – Hasil inovasi sendi buku lali yang dibangunkan oleh Pakar Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Yazid Bajuri, telah melayakkan beliau menerima satu pingat emas dan dua pingat perak di 'The 10th Innovation Exhibition of Inventions and the 3rd World Invention and Innovation Forum 2018', di China baru-baru ini.

My Ankle Fixator adalah inovasi terbaru yang dibangunkan oleh beliau untuk membantu pergerakan sendi buku lali yang mengalami kecederaan disebabkan kemalangan atau jangkitan kuman, termasuklah luka yang dialami oleh pesakit diabetes.

“My Ankle Fixator adalah besi yang diletakkan di bahagian luar bagi menggerakkan buku lali dalam keadaan tertentu. Fixator dapat menghalang buku lali daripada kaku selepas luka sembuh,” kata Prof Madya Dr Mohd Yazid.

Beliau berkata, external fixator yang ada dalam pasaran kebanyakannya adalah dalam bentuk statik (tidak boleh bergerak).

“Bila dipakai external fixator dalam tempoh tiga hingga empat bulan, kaki akan jadi kaku kerana tidak ada pergerakan. Ia akan membuatkan pesakit akan susah bergerak dan menyebabkan berlakunya komplikasi-komplikasi lain.

Jadi, saya bangunkan satu external fixator yang boleh menggerakkan kaki dalam keadaan tertentu dan ia boleh digerakkan oleh pesakit itu sendiri dengan menukarkan keadaan kedudukan fixator tersebut,” jelas beliau.

Beliau menerangkan, bahawa pesakit yang menggunakan My Ankle Fixator boleh menggerakkan sendi dalam tempoh tertentu.

“Sebagai contoh, bila kita nak dudukkan kaki itu dalam satu keadaan neutral, kita akan statikkan kedudukan neutral itu lebih kurang empat minggu. Lepas dua minggu, kita gerakkan dia ke bahagian bawah, dan kita akan statikkannya untuk tempoh dua minggu pula.

Kemudian, kita naikkan pula fixator itu ke atas untuk tempoh dua minggu lagi. Jadi, setiap dua minggu itu akan ada pergerakan,” terangnya.

Katanya, My Ankle Fixator telah mendapat pengesahan harta intelek (IP) dan telah digerankan pada bulan ini (Sept).

“Insya Allah kita akan cari kolaborasi dengan pihak industri untuk kita cuba pasarkan produk ini. Sekarang ini dalam proses untuk menambahbaik (improvise) dan mencari dana supaya alat ini boleh diketengahkan kepada hospital-hospital lain,” katanya.

Prof Madya Dr Mohd Yazid turut memberitahu bahawa fixator yang dah ada di pasaran mempunyai kos yang agak tinggi iaitu antara RM2,000 hingga RM3,000.

“Saya berharap My Ankle Fixator yang dihasilkan dalam tempoh dua tahun ini dapat dipasarkan dengan harga kurang RM1,000,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan inovasi yang dibangunkan olehnya adalah untuk membantu masyarakat supaya mendapat rawatan yang optimum pada harga yang rendah.

“Sebagai seorang doktor, memang kita mampu membuat sesuatu untuk membaiki keadaan pesakit, tetapi kalau pesakit tak mampu untuk menanggung kos, rawatan yang kita berikan juga akan menjadi terhad.

Kalau pesakit mampu, rawatan kita akan menjadi mudah. Jadi, pesakit akan dapat rawatan yang lebih baik,” ujarnya.

Dalam pertandingan 'The 10th Innovation Exhibition of Inventions and the 3rd World Invention and Innovation Forum 2018' itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid turut menerima anugerah khas dari Jerman dan Singapura.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...