> SEL KL > #DengkilTouchOfLove anjuran pelajar TESL UiTM Dengkil dedah kanak-kanak Rohingya luah trauma lukis gambar keluarga dibunuh di depan mata
#DengkilTouchOfLove anjuran pelajar TESL UiTM Dengkil dedah kanak-kanak Rohingya luah trauma lukis gambar keluarga dibunuh di depan mata
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 27 September 2018

DENGKIL - Terkesan dengan penderitaan yang dilalui oleh masyarakat Rohingya, sekumpulan pelajar program Asasi TESL Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dengkil menganjurkan program kesedaran mengenai mereka, baru-baru ini.

Program yang diberi nama ‘#DengkilTouchOfLove’ ini dilaksanakan untuk memberi penerangan tentang penderitaan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya serta maklumat lebih mendalam tentang bantuan yang boleh dihulurkan oleh golongan mahasiswa. Para pelajar juga diberi pendedahan mengenai aktiviti kesukarelawanan yang boleh disertai oleh mereka.

UiTM Dengkil3

Penceramah jemputan, Mohd Jamil Muda, setiausaha dan aktivis Biro Misi Kemanusiaan, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) menerangkan kehidupan masyarakat Rohingya yang hidup dalam ketakutan dan terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran.

Dia juga menceritakan bagaimana kanak-kanak Rohingya meluahkan perasaan trauma dengan melukis gambar keluarga yang mati dibunuh di hadapan mata mereka.

UiTM Dengkil6

Pengarah program tersebut, Nursyahira Mohd Tahir berkata, program ini merupakan antara usaha pelajar Semester 1 Asasi TESL UiTM Dengkil bagi menyebarkan kesedaran tentang konflik dan penderitaan masyarakat Rohingya dan juga masyarakat sekeliling melalui perkongsian daripada jemputan berpengalaman dan pameran reruai oleh pelajar dan juga pihak HALUAN.

UiTM Dengkil2

"Ramai dalam kalangan mahasiswa masih tidak sensitif akan isu kekejaman terhadap pelarian Rohingya serta kurang berpengetahuan mengenai saluran yang betul untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Melalui program ini, kami berharap dapat memberi manfaat kepada setiap pelajar yang terlibat,” katanya yang turut aktif dalam menyertai misi sukarelawan di sekitar Kuala Lumpur.

Pelajar yang tidak dapat hadir turut diberi pendedahan tentang masyarakat Rohingnya dan agensi-agensi yang terlibat dalam misi kemanusiaan serta sukarelawan melalui pameran-pameran yang telah disediakan.

Di bawah pemantauan pensyarah program Asasi TESL, Kamarol Baharen Mohd Rom dan Irwan Affendi, program ini dihadiri oleh lebih 250 pelajar yang memberikan sokongan memberangsangkan kepada usaha pembelaan nasib pelarian Rohingnya.

UiTM Dengkil5


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...