> SEL KL > UPSI Holding bakal lancar Pusat Latihan Hospitaliti
UPSI Holding bakal lancar Pusat Latihan Hospitaliti
BERNAMA Selasa | 9 Oktober 2018

KUALA LUMPUR - UPSI Holding Sdn Bhd (USHB), anak syarikat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan melancarkan pembukaan Pusat Latihan Hospitaliti atau Scholar’s Suites di UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, pada 11 Oktober ini.

Kemudahan itu bakal merancakkan lagi keperluan dan kemudahan hospitaliti kepada komuniti setempat dan luaran, kata USHB dalam satu kenyataan.

Pembinaan projek bermula pada 20 Januari 2014 dan siap sepenuhnya 17 April tahun ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM16.6 juta.

Turut bakal diadakan serentak ialah Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 UPSI Holding yang berfungsi merancang aktiviti perniagaan dengan menggunakan sumber, kemudahan dan kepakaran sedia ada di samping menjalinkan usahasama dengan pihak luar.- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...