> > Kolej UNITI rai 874 graduan sempena konvokesyen kali ke-17
Kolej UNITI rai 874 graduan sempena konvokesyen kali ke-17
WARTAWAN KAMPUS UOLS 10 October 2018

PUTRAJAYA - Seramai 874 graduan diraikan di dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Uniti kali ke-17 yang melibatkan dua kampus iaitu Kolej Uniti Port Dickson dan Kolej Uniti Kota Bharu di cawangan Kelantan.

Bertapak lebih dari 20 tahun sebagai institusi pendidikan swasta, Kolej Uniti terus melebarkan kejayaannya dengan membuka pelbagai bidang kepada lebih 1500 pelajar selain memberi keutamaan dalam sektor keusahawanan.

Bermatlamat untuk menjadikan Kolej Uniti terkehadapan dalam melahirkan usahawan di kalangan mahasiswa melalui Program Perantis Keusahawanan dengan kerjasama pihak swasta sebagaimana yang digariskan dalam wawasan 2020.

Antara projek usahawan yang dijalankan oleh Kolej Uniti seperti Fertigasi Cili dan Ladang, Pembinaan Rumah Menggunakan Interlocking Brick, Busy Book dan Permainan Artera.

Menariknya di dalam majlis ini juga beberapa penganugerahan turut diberikan kepada pelajar termasuk anugerah keusahawanan. Ini bagi membuktikan bahawa Kolej Uniti mengambil serius tentang pelaksanaan program keusahawanan dengan meraikan alumni yang berjaya.

“Program keusahawanan Kolej Uniti bukan sahaja mencipta usahawan dengan memberikan ilmu dan sijil, malah membantu para pelajar berdikari mencari duit poket dengan bekerja sambilan bagi menjana pendapatan,” kata Presidennya, Datuk Jamal Mohd Amin ketika ditemui di Hotel Marriot Putrajaya baru-baru ini.

Datuk Jamal Mohd Amin

Selain itu, beliau juga dalam perancangan untuk menambah kursus baharu setelah mendapat kelulusan daripada pihak UTM Skudai bagi menjalankan program Ijazah dalam bidang Pengurusan.

“Insya Allah jika tiada aral, kita akan lancarkan program baharu ini untuk kemasukan pelajar pada bulan Julai tahun hadapan,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Ammar Hamizan Muhammad Balyan dari Fakulti Diploma Pengurusan Muamalat telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Presiden.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan penganugerahan ini dan berterima kasih kepada semua termasuk ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan tanpa henti buat saya. Saya tak sangka sama sekali saya akan peroleh kejayaan seperti ini.

Ammar Hamizan Muhammad Balyan

“Saya berbangga kerana dengan mengambil jurusan ini saya dapat belajar pelbagai ilmu baru. Insya Allah saya akan amalkan dan memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun hadir bagi merasmikan istiadat konvokesyen tersebut. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti, Amir Hamzah Md. Isa dan para pegawai kanan kolej berkenaan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...