> CETUSAN > Kelestarian PdPc abad ke-21 melalui laman web interaktif
Kelestarian PdPc abad ke-21 melalui laman web interaktif
NORSYAFIKKA AZMAN, USIM 10 October 2018

PADA zaman abad ke 21 ini, pembelajaran menggunakan alat teknologi banyak digunakan pelajar-pelajar bahkan oleh semua pengguna tanpa had umur. P21 – Partnership for 21st Century Learning, sebuah organisasi yang berpusat di Washington, Amerika Syarikat telah merangka konsep pembelajaran abad ke-21 dan dengan tegas menyatakan bahawa teknologi adalah alat, atau tools yang membantu proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.

Website (laman web) adalah salah satu media online atau alat yang membantu proses PdPc. Aplikasi seperti ini telah diguna pakai oleh ramai pelajar, guru dan pensyarah di sekolah mahupun di universiti dan menjadikannya sebagai salah satu platform pembelajaran yang berkesan kepada generasi masa kini.

Antara salah satu website yang mudah diakses dari segi pembelajaran mahupun perniagaan adalah Weebly. Mungkin dalam kalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda ada yang belum pernah menggunakannya, tetapi website ini sangat mudah digunakan dan bersesuaian dengan cita rasa mereka dengan menggunakan format widget.

Weebly adalah sebuah aplikasi untuk membuat website percuma dan laman ini dicipta oleh David Rusenko, Veltri, dan Chris Fanini pada tahun 2006 dan pada tahun 2008, ciri Weebly Editor serasi dengan Safari dan Google Chrome, keserasian Weebly Editor diperkenalkan sebelum ini untuk Internet Explorer dan Firefox.

Weebly ini juga adalah aplikasi yang memudahkan penggunanya untuk mengakses pembelajaran teknologi masa kini kepada pelajar sekolah mahupun universiti dan mempromosikan sesebuah perniagaan. Weebly membolehkan pelajar berfikiran secara kreatif dengan menggunakan pelbagai ciri multimedia bersesuaian dengan teknologi terkini.

Menurut DigitalBuzz (2011), 57% daripada penduduk dunia atau 1.08 bilion pengguna mempunyai pembantu digital peribadi (PDA). Perkembangan global semasa pada hari ini, telah membuka lebih banyak peluang kepada pendidik untuk merancang dan melaksanakan pengajaran berasaskan ICT.

Kemajuan teknologi mudah alih terutamanya telah membuka pelbagai peluang kepada pelajar-pelajar untuk membantu mereka berhadapan dengan persekitaran pembelajaran yang kompleks dan mencabar pada dekad ini. Hal ini kerana tidak dinafikan bahawa penggunaan bahan-bahan dan peralatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran sangat membantu pelajar dalam membuat keputusan yang lebih bermakna.

*Norsyafikka Azman dan Amirah Harun merupakan pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...