> AKTIVITI KAMPUS > 50 projek pelajar semester akhir MEDFEC, dedah teknologi sedia ada dalam kehidupan seharian
50 projek pelajar semester akhir MEDFEC, dedah teknologi sedia ada dalam kehidupan seharian

KULIM - Seramai 218 pelajar semester lima Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menyertai Pameran Projek dan Pertandingan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (MEDFEC) 2018 yang dianjurkan baru-baru ini.

Program yang diharap dapat membudayakan idea kreativiti dalam kalangan para pelajar itu turut disokong oleh Unit Projek dan Inovasi Pelajar (UPIP) serta pensyarah daripada jabatan tersebut.

Pengarah Program, Wan Nor Shela Ezwane Wan Jusoh berkata, hasil kerja projek pelajar meliputi reka cipta dan inovasi dalam bidang mekanikal, elektrik, elektronik, pengaturcaraan dan komputer.

“Pameran ini dapat memberi pendedahan terhadap teknologi sedia ada yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan manusia. Antara yang dipamerkan termasuklah reka cipta baharu seperti mesin, produk pengguna dan sistem automasi yang boleh dipraktikkan dalam kegunaan seharian,” katanya.

Pelajar mempersembahkan projek dihasilkan kepada panel penilai.
Pelajar mempersembahkan projek dihasilkan kepada panel penilai.

Majlis perasmian MEDFEC 2018 disempurnakan Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Mohd Fauzi Wahid mewakili Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Mohd Zamri Hamid. Turut hadir Ketua Unit Projek dan Inovasi Pelajar JKM, Mohd Aswadi Muhamad.

Seramai 50 juri terdiri dari pensyarah JKM turut hadir menilai 50 projek yang dihasilkan pelajar JKM PTSB itu.

Dalam pada itu, Wan Nor Shela berkata, pelbagai kategori dipertandingkan bagi merangsang penghasilan projek terbaik melalui Anugerah Projek Terbaik, Anugerah Pembentangan Terbaik, Anugerah Projek Komersial Terbaik, Anugerah Penyelidikan Projek Terbaik dan Anugerah Poster Terbaik MEDFEC 2018.

Panel penilai melihat projek dihasilkan pelajar.
Panel penilai melihat projek dihasilkan pelajar.

Sehubungan itu, beliau berharap, pameran tersebut dapat menjadi medan perkongsian idea dalam kalangan para pelajar berkaitan inovasi terkini berasaskan sains dan teknologi.

“Selain itu, kita berharap dapat mencungkil bakat baru yang mampu mencipta nama sebagai pereka muda serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara suatu hari nanti,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...