> UTARA > UiTM juarai Intervarsity Young Motivator Competition (IMAC)
UiTM juarai Intervarsity Young Motivator Competition (IMAC)

SINTOK - Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) telah menganjurkan pertandingan Intervarsity Young Motivator Competition (IMAC) peringkat kebangsaan bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Objektif pertandingan ini ialah untuk melahirkan bakat baharu motivator muda di kalangan mahasiswa universiti awam dan mengasah kemahiran pengucapan awam yang berasaskan motivasi.

Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam, Mohamed Soder Rahmat berkata, pertandingan itu bagi melahirkan pelapis-pelapis penceramah motivasi muda yang boleh menjadi ikon pembimbing kepada mahasiswa.

Peserta daripada UiTM bergambar bersama Mohamed Soder (tiga, kanan).

Dalam pertandingan IMAC ini seramai 38 orang peserta telah mengambil bahagian mewakili Universiti-Universiti Awan Malaysia.

Peserta bukan sahaja diminta untuk membuat pengucapan awam berasaskan motivasi, bahkan mereka juga perlu menjalankan beberapa aktiviti lain yang dinilai dalam peringkat saringan dan separuh akhir seperti menjadi Fasilitator Latihan Dalam Kumpulan (LDK), penyediaan dan pembentangan laporan, TED Talk dan khidmat masyarakat.

Selain pengucapan awam, peserta turut menjalani aktiviti lain.

UiTM telah menghantar tiga peserta iaitu Ainin Sofiya Abdul Karim, Muhamad Zaki Zainal Abidin dan Rasydan Mohd Hassan.

Ternyata, kecemerlangan Rasydan tidak perlu dipertikaikan apabila dinobatkan Johan IMAC 2018 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala pusingan dan sijil penyertaan.

Rasydan Mohd Hassan

Kejayaan Rasydan juga membuktikan pelajar UiTM tidak ketandusan bakat dalam bidang motivator muda dan kemenangan ini adalah hasil kerja keras semua pihak terutama Pegawai Psikologi UiTM yang tidak mengenal penat lelah membantu mengetengahkan bakat besar yang dimiliki pelajar UiTM.

Majlis penutup program dirasmikan Dekan School of Art and Science Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr. Azniza Samad,


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...