> > Dalam banyak persamaan, ada satu tabiat pelik pasangan kembar ini pada setiap pagi, Tak Sangka…
Dalam banyak persamaan, ada satu tabiat pelik pasangan kembar ini pada setiap pagi, Tak Sangka…
WARTAWAN KAMPUS UOLS 12 October 2018

Pasti seronok kan mempunyai pasangan kembar, iyelah kiranya sejak kecil dah ada kawan sebaya. Membesar bersama selain bersekolah di tempat yang sama tentunya membuatkan hubungan bukan sekadar adik beradik tetapi sahabat baik.

Bagi Mohamad Noriman Masri dan adik kembarnya, Mohammad Noramin 19 tahun, mengakui pengalaman mempunyai pasangan kembar sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Sebenarnya ramai juga yang tanya, apa perasaan bila ada kembar ni. Sebenarnya sukar untuk saya jawab. Apa yang boleh saya katakan, memang ‘awesome’ bila ada kembar ni,” kata Noriman atau selesa dengan panggilan Iman selaku abang kepada Amin.

Jelas Iman, apa yang uniknya tentang mereka ialah memiliki banyak persamaan terutama dalam semua perkara.

“Minat kami sama, antaranya meminati futsal. Selain itu dalam bab makanan, kami suka bahagian isi atau dada, juga kami jenis yang tak banyak cakap, kena ada orang lain mulakan dulu baru kami boleh bersembang,” katanya.

Berasal dari Felda Selancar 03 Pahang, dan mempunyai lapan orang adik beradik yang mana mereka merupakan anak bongsu.

Iman dan Amin ketika zaman kanak-kanak mereka
Iman dan Amin ketika zaman kanak-kanak mereka

Menariknya pasangan kembar ini ‘setia bersama’ sejak dari zaman sekolah rendah hingga ke menara gading.

“Kami bersekolah di sekolah yang sama sejak dari sekolah rendah lagi. Menginjak alam persekolahan menengah, kami belajar di SMA Al-Ihsan Kuantan dan kemudian lanjutkan pengajian ke tingkatan 6 (STAM) di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Alhamdulillah kami mencapai keputusan yang sama, tidaklah begitu cemerlang tapi cukup baik untuk kami.

“Atas nasihat ibu, kami mengambil keputusan untuk mengisi permohonan UPU dengan memilih universiti dan jurusan yang sama supaya nanti senang hantar satu tempat sahaja masa hari pendaftaran. Kalau tak, jenuh pula kena hantar lain-lain tempat.

pasangan kembar ukm
Noriman (kanan) bersama kembarnya, Noramin

“Alhamdulillah rezeki kami berdua apabila berjaya menempatkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Al-Quran dan Al-Sunnah, malah kami turut di offer oleh pihak kolej untuk duduk sebilik,” kata pelajar Semester Satu ini.

Tinggal sebilik dengan pasangan kembarnya ternyata memberi banyak kelebihan buat mereka. Antara lain dapat mengulangkaji bersama selain dapat bersaing secara sihat. Pun begitu, akui Iman, mereka berdua mempunyai satu tabiat yang agak pelik pada setiap pagi.

“Setiap pagi salah seorang daripada kami akan bangun dulu, kemudian yang bangun ni akan kejutkan yang seorang lagi. Selepas itu sambung tidur balik. Dalam beberapa minit, yang dikejutkan tadi pula akan bangun untuk kejutkan yang seorang lagi. Kemudian sambung tidur balik. Sampailah salah seorang dari kami pergi mandi dulu barulah seorang lagi akan susuli. Kiranya salah seorang kena mengalah dulu, barulah yang seorang lagi ni akan ‘follow’. Memang setiap pagi kena macam tu, tak tahulah kenapa,” kata Iman yang menganggap ‘tabiat’ itu sebagai perkara yang mencuit hati.

Bersama ahli keluarga
Bersama ahli keluarga

Sebagai kembar seiras mereka tak boleh lari dari menimbulkan ‘kekeliruan’ pada orang lain terutama yang tidak mengenali mereka dengan lebih rapat.

“Ada satu kejadian tu, semasa hari pertama di UKM, ada seorang ni dia pelik sebab tadi nampak kat kafe, tiba-tiba muncul di bilik air. Bila diterangkan yang kami ni kembar, barulah dia faham. Ada juga yang dah lama kenal tapi masih tak dapat cam kami, yang mana satu Iman dan Amin,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...