> PAHANG > UMP-Mercedes-Benz meterai MoU perkasa kerjasama akademik dan industri
UMP-Mercedes-Benz meterai MoU perkasa kerjasama akademik dan industri
MIMI RABITA, UMP Isnin | 15 Oktober 2018

UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) dan Mercedes-Benz (Malaysia) Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama industri, penyelidikan, pembangunan akademik dan sokongan teknikal serta pembangunan modal insan melalui penawaran pembiayaan industri kepada pelajar program dwi ijazah. Ianya juga bakal membuka peluang meneroka kerjasama lain yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terutamanya dalam menyediakan latihan dan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Dr. Jamil Ismail menandatangani perjanjian bersama Timbalan Presiden Mercedes-Benz (M) Sdn. Bhd, Patrick Baur serta Pengurus Sumber Manusia, Norlida Shariff di Dewan Bankuet UMP Gambang.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengurus Besar Perancangan dan Kejuruteraan, Gerhard Monorfalvi.

Menurut Dr. Daing Nasir, jalinan kerjasama strategik antara dua organisasi ini telah terjalin dengan pemeteraian MOU yang pertama pada 2013. Begitu juga dengan keberhasilan program kejuruteraan Jerman yang menerapkan Model Fachhochschulei melalui program kerjasama dengan pihak Karlsruhe University of Applied Sciences pada tahun 2010 dan pihak Reutlingen University pada tahun 2014.

“UMP amat bersyukur apabila pihak Mercedes-Benz (M) juga bersetuju bagi pembiayaan Biasiswa Pembangunan Modal Insan – Industri kepada calon yang layak dalam kalangan mahasiswa dwi-ijazah yang masih menuntut di universiti ini,” katanya.

Beliau mengharapkan lebih banyak peluang kerjasama dapat dijalinkan bersama Mercedes-Benz dan syarikat Jerman lain di negara ini dalam konteks globalisasi akademik di samping meneroka lebih banyak peluang yang bermanfaat serta perkongsian strategik.

Selain itu juga dapat mempertimbangkan lebih banyak penempatan latihan industri untuk mahasiswa UMP serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan UMP khususnya dalam bidang berkaitan Kejuruteraan Mekatronik, Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan. Manakala sokongan pihak Mercedes Benz (M) terhadap inisiatif akademik dan penyelidikan UMP serta endowment MyGift juga bakal melonjakkan universiti ini ke suatu tahap pencapaian yang lebih baik.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...