> JOHOR > Mahasiswa UTHM timba ilmu teknik 'reverse psychology' sebagai pelaris perniagaan
Mahasiswa UTHM timba ilmu teknik 'reverse psychology' sebagai pelaris perniagaan
Selasa | 16 Oktober 2018

SEMINAR Pemasaran Digital Kebabom yang telah berlangsung di kampus induk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 10 Oktober 2018 anjuran Fakulti Pengurusan Teknologi (FPTP) dan Perniagaan dengan kerjasama Pusat Perniagaan dan Keusahawanan (CBER), UTHM, bukan sahaja berjaya mendapat sambutan, tetapi lebih penting kerana ada perkongsian dan teknik 'penting' khususnya bakal usahawan perlu tahu.

Seramai 150 peserta yang terdiri daripada para mahasiswa dan mahasiswi UTHM serta usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sekitar Parit Raja, Ayer Hitam, Batu Pahat dan juga Kluang menghadiri seminar keusahawanan ini.

Sepanjang seminar tersebut berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya perkongsian kaedah 'memancing jiwa pelanggan' yang diberi Puan Anim Zalina Azizan, perkongsian tentang UNIFI dan Instaweb oleh wakil TM-NET, acara cabutan bertuah dan perkongsian teristimewa daripada 'Admin 4 Pages Viral'.

Seminar tersebut telah dirasmikan Pengurus Kanan Perbadanan Usahawan Johor Bahru (PUJB), Khirul Nizam Mat Said yang turut berkongsi peranan PUJB dan peluang-peluang mendapatkan dana bantuan yang boleh membantu usahawan tempatan, selain turut menawarkan peluang berkolaborasi perniagaan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Turut hadir adalah Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Prof. Madya Dr Mohd Lizam Mohd Diah; Timbalan Dekan HEPA (FPTP), Dr Md Asrul Nasid Masrom; Ketua Jabatan Pengurusan dan Teknologi (JPT) (FPTP), Prof. Madya Tuan Hj Haris Md Noor dan penyelaras program, Noreina [email protected]

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk berkongsi rahsia kejayaan dan ilmu pengetahuan berkaitan tren pemasaran digital terkini sehingga mampu menjana pendapatan berpuluh ribu ringgit dalam tempoh sebulan dengan hanya membuat posting di media sosial menggunakan teknik reverse psychology.

Selain itu, ia juga untuk bertujuan untuk memperkasakan jati diri peserta seminar yang mempunyai pelbagai kebolehan, pengetahuan dan kemahiran terutama dalam bidang keusahawanan, kemahiran komunikasi dan pengurusan perniagaan.

Seminar ini turut bertujuan membantu pelajar, usahawan dan komuniti setempat dan seterusnya membina jalinan kerjasama dalam kalangan usahawan sedia ada. Elemen teknologi multimedia juga dapat ditransformasikan sebagai medium yang mampu membantu peserta dalam meningkatkan prestasi sesebuah perniagaan dan akhir sekali ia dapat meningkatkan bilangan graduan yang berani memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan selepas menamatkan pengajian serta melahirkan usahawan bertaraf elit.

Semoga program-program seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para mahasiswa, mahasiswi dan usahawan IKS dalam mencorakkan dan mempraktikkannya dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...