> SEL KL > Penglihatan hilang secara tiba-tiba, tapi Mohamad Zaki mampu belajar hingga genggam ijazah
Penglihatan hilang secara tiba-tiba, tapi Mohamad Zaki mampu belajar hingga genggam ijazah
TUTY HARYATI KASSIM, UM Rabu | 24 Oktober 2018

KUALA LUMPUR - Kanser saraf yang dialami ketika usia enam tahun tidak pernah mengurangkan semangat anak muda bernama Mohamad Zaki Norizan, 26, untuk bersaing dengan insan lain dalam mengejar ilmu.

Dia yang pada mulanya diserang demam panas dan penglihatannya hilang secara tiba-tiba sehingga menyebabkan cacat penglihatan merupakan salah seorang daripada tiga Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan yang menerima ijazah masing-masing dalam sidang keenam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) ke-58 di Dewan Tunku Canselor (DTC). pada Selasa.

Mohamad Zaki (kiri) bersama Mohamad Fairus dan Weng Hang selepas menerima ijazah masing-masing.
Mohamad Zaki (kiri) bersama Mohamad Fairus dan Weng Hang selepas menerima ijazah masing-masing.

Mohamad Zaki yang berasal dari Langkawi, Kedah dan kini menetap di Putrajaya bersama keluarganya menyifatkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dalam bidang Kesusasteraan Melayu (Akademi Pengajian Melayu) UM yang diterimanya itu mampu memberikan satu impak positif kepada golongan OKU.

“Alhamdulillah, kaedah pembelajaran dewasa ini sangat mesra OKU, pelbagai aplikasi dibangunkan bagi kemudahan pelajar seperti saya dan rakan-rakan yang senasib. Selain tulisan Braille, aplikasi komputer bersuara memudahkan saya mencari maklumat dan pelbagai informasi di Internet. Di samping itu, saya boleh mengimbas maklumat dari pelbagai jenis buku berkaitan dengan pembelajaran di UM.

“Saya juga sangat bersyukur kerana selain rakan sekelas, pelajar-pelajar di UM yang berdaftar sebagai sukarelawan untuk pelajar OKU sering membantu saya mengulang kaji pelajaran. Mereka akan membaca buku-buku yang berkaitan dan saya membuat nota untuk rujukan,” jelas Mohamad Zaki yang mendapat CGPA 3.48.

ARTIKEL BERKAITAN: Buta sejak lahir, bukan penghalang Weng Hang catat CGPA 3.78


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...