> AKTIVITI KAMPUS > Kakitangan, pelajar AIMST University terima tauliah APM
Kakitangan, pelajar AIMST University terima tauliah APM
GOKINA MORGANAN Jumaat | 26 Oktober 2018

SUNGAI PETANI - Lima kakitangan dan penuntut Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST University), menerima tauliah daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena sambutan Hari Malaysia, baru-baru ini.

Penerimaan tauliah berkenaan diketuai Pendaftar AIMST University, Profesor Dr S Kathiresan yang ditauliahkan pangkat Kolonel Kehormat APM selaku komandan Pasukan Siswa APM Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu.

Selain Dr S Kathiresan, empat penuntut AIMST University turut ditauliahkan pangkat sebagai Leftenan Muda iaitu Wong Pey Yuan, Lee Ying Hui, Hew Jing Yi dan Tee Yu Qian.

Antara penuntut AIMST Univeristy yang menerima tauliah APM.
Antara penuntut AIMST Univeristy yang menerima tauliah APM.

Mereka menjadi anggota APM sejak 2015 dan banyak pengalaman telah diperoleh, termasuk latihan kawad, di samping tauliah disampaikan itu boleh dijadikan kenangan manis.

Majlis berkenaan disempurnakan Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM, Wahab Rahim sempena Sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan peringkat AIMST University pada tahun ini.

Turut bersama, Naib Canselor AIMST University, Profesor Emeritus Dr Harcharan Singh Sindu serta Komandan Pulapau Baling, Mohd Bukhori Mat Sidek dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad.

Kakitangan dan pelajar AIMST Univeristy terima tauliah APM.
Kakitangan dan pelajar AIMST Univeristy terima tauliah APM.

Menurut pengarah program itu, Yahya Ismail, majlis pentauliahan yang berlangsung penuh meriah dan disaksikan kira-kira 900 penuntut IPT berkenaan adalah satu kepercayaan dan penghormatan kepada AIMST University oleh APM.

“Bersempena pentauliahan itu, satu majlis perbarisan yang disertai 30 pasukan badan beruniform merangkumi penuntut IPT dan pelajar sekolah daripada beberapa sekolah di kawasan terdekat," katanya.

Majlis kemudian, disusuli dengan atur cara majlis penyampaian sijil pentauliahan di Dataran Dewan Canselor AIMST University.

Majlis pentauliahan disambut dengan penuh meriah dan bersemangat oleh pelajar AIMST University.
Majlis pentauliahan disambut dengan penuh meriah dan bersemangat oleh pelajar AIMST University.

“Turut diadakan persembahan pancaragam dari anggota Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (Pulapau) Baling dan disaksikan sama oleh penuntut dari negara asing, termasuk dari India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar yang belajar di universiti itu,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...