> PERAK > 36 staf dan pelajar UiTM sesat dalam hutan...ada yang sesak nafas dan kejang otot kaki
36 staf dan pelajar UiTM sesat dalam hutan...ada yang sesak nafas dan kejang otot kaki
BERNAMA Jumaat | 26 Oktober 2018

TANJUNG MALIM - Sekumpulan 36 peserta kursus yang sesat dan terperangkap ketika melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan hutan bersempadanan antara Perak dan Selangor di sini semalam, ditemukan selamat, awal pagi ini.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu yang melakukan operasi dan menyelamat (SAR) selepas menerima laporan pada pukul 6.25 petang semalam, menemukan mereka dalam keadaan keletihan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Muhammad Husaini Mohamad Zam berkata mereka yang merupakan pelajar dan staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ditemukan dan dibawa keluar pada pukul 2.50 pagi dengan dua daripada mereka mengalami masalah sesak nafas dan kekejangan otot kaki.

Katanya mereka yang merupakan peserta Outdoor Pro Group Consultancy Kuala Lumpur merangkumi 32 peserta kursus (17 wanita dan 15 lelaki) dan empat jurulatih, dipercayai sukar keluar dari hutan itu kerana cuaca gelap dan perlu mengharungi arus sungai deras.

Seramai 22 anggota bomba yang melakukan gerak kerja mencari dan ke dalam hutan itu berjalan kaki kira-kira sejam untuk sampai ke lokasi mereka.

Disebabkan perlu mengharungi sebatang sungai yang deras separas dada, kita membawa keluar kesemua mangsa dengan teknik 'tensiones diagener' iaitu menggunakan tali. Bagaimanapun dua lagi sungai hanya melibatkan 'river crossing' sahaja, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya operasi SAR yang tamat pada pukul 5.15 pagi tadi membabitkan 46 anggota bomba, lapan polis dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).- Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...