> SEL KL > Kembar seiras, Afif dan Afiq genggam segulung diploma di pentas yang sama
Kembar seiras, Afif dan Afiq genggam segulung diploma di pentas yang sama
HABSAH ABDUL SHAER, KOLEJ UNITI Jumaat | 26 Oktober 2018

KENANGAN konvokesyen bagi dua beradik kembar, Afif Shahridan dan Afiq Shahrizan pastinya sesuatu yang indah dan akan diingat sampai bila-bila. Ini kerana, selain berkongsi kelas dalam Diploma In Graphic Design, lebih menarik lagi kerana mereka berdua turut berkongsi pentas yang sama untuk menggenggam segulung diploma pada Majlis Konvokesyen Kolej Uniti kali ke-17 baru-baru ini.

Majlis konvokesyen yang turut disertai 62 orang lagi graduan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Kolej Uniti.

Pasangan kembar ini bukan sahaja seiras, malah mempunyai banyak persamaan lain terutama minat sehingga mendorong mereka berkongsi kerjaya di syarikat Project Video sebagai videografer. Antara penggambaran video yang melibatkan mereka adalah untuk Media Prima, drama TV3, produk kecantikan, promo filem dan video korporat.

Menurut Afiq, mereka bersyukur kerana berpeluang menimba ilmu di Kolej Uniti.

“Kegagalan mendapat tempat di IPTA selepas SPM menjadi perangsang untuk kami berusaha dengan sebaiknya dan membuktikan kepada keluarga kami juga mampu berjaya walaupun belajar di kolej swasta. Pensyarah Kolej Uniti memang terbaik,” ujar Afiq yang juga merupakan penerima Anugerah Graduan Cemerlang Akademik program Diploma in Graphic Design.

Tambah menggembirakan dan mengundang rasa terharu lagi kata Afiq apabila melihat senyum dan tawa terukir daripada ibu bapa yang hadir meraikan kejayaan mereka ini.

Pada sidang pertama majlis konvokesyen kali ini, peringkat diploma telah disampaikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Hj Aminuddin Harun, manakala pada sidang kedua pula penyampaian diploma disempurnakan Presiden Kolej Uniti, Hj Jamal Mohd Amin.

Majlis Konvokesyen ke-17 Kolej Uniti yang berlangsung pada 8 Oktober di Hotel Marriot Putrajaya itu menyaksikan seramai 858 graduan menerima diploma dari pelbagai bidang pengajian.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...