> AKTIVITI KAMPUS > Kolej Delima peka dan cakna isu semasa
Kolej Delima peka dan cakna isu semasa
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 26 Oktober 2018

JAWATAN Kuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Delima Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah bekerjasama dengan Sinar Harian dan portal Kampus Uols menerusi penganjuran program Bicara Sinar: 'Wanita Berloceng', Antara Realiti dan Cabaran bertempat di Dewan Platinum Melati.

Menurut Exco Akademik dan Pembangunan Modal Insan merangkap Jawatan Kuasa Perwakilan Kolej Kediaman Delima, Aruen anak Manggau, program ini diadakan bagi memberikan ruang dan peluang serta pendedahan kepada mahasiswa untuk membincangkan dan mengupas isu semasa yang dekat dengan mahasiswa.

Program Bicara Sinar merupakan platform bertujuan melahirkan mahasiswa peka dan cakna isu semasa.
Program Bicara Sinar merupakan platform bertujuan melahirkan mahasiswa peka dan cakna isu semasa.

"Ia juga platform berbentuk wacana intelek yang bertujuan bagi melahirkan mahasiswa peka dan cakna akan isu semasa dalam negara kita.

"Selain itu, ia juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang dijalankan setiap kolej kediaman yang mana ia juga salah satu kriteria dalam Pertandingan Kolej Cemerlang yang diadakan di kolej-kolej kediaman pada setiap semester.

“Setiap kolej mesti ada program atau aktiviti bagi memenuhi kriteria untuk penilaian, maksudnya aktif dan program atau aktiviti berkenaan hendaklah mempunyai impak besar bagi melayakkannya memperoleh markah sekali gus dianugerahkan Kolej Cemerlang.

Sebahagian pelajar kolej kediaman yang hadir.
Sebahagian pelajar kolej kediaman yang hadir.

“Untuk Kolej Delima, pada semester ini kami telah ada lebih 20 program diadakan termasuk juga aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat dan kesukarelawanan lain," kata Aruen.

Dalam program Bicara Sinar berkenaan, moderatornya ialah Tengku Izwan Fareed Tengku Ismail yang juga merupakan alumni UiTM, sementara ahli panel terdiri daripada Pencetus Ummah Mohamad Amirul Amin Maula atau PU Amin dan pendakwah bebas, Mohd Khariri Haji Mohamad Ramli atau Cikgu Ery.

Mahasiswa dan pengurusan Kolej Delima bergambar bersama panel forum Bicara Sinar.
Mahasiswa dan pengurusan Kolej Delima bergambar bersama panel forum Bicara Sinar.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...