> ISU > Rumah terbakar ketika lanjut pengajian di UPM, dugaan yang anak yatim ini pernah lalui sebelum raih ijazah
Rumah terbakar ketika lanjut pengajian di UPM, dugaan yang anak yatim ini pernah lalui sebelum raih ijazah
AZMAN ZAKARIA/KHAIRUL ANUAR, UPM Ahad | 28 Oktober 2018

SEORANG anak yatim Orang Asli suku Temuan dari Kampung Orang Asli Ulu Pondoi, Tampin, Negeri Sembilan, Nuraimi Abdullah, 23, pastinya tidak akan dapat melupakan tragedi yang menimpa keluarganya apabila rumah mereka terbakar.

Lebih hebat lagi dugaan itu melanda tatkala dia sedang melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Namun, ia tidak mematahkan semangat Nuraimi yang juga merupakan seorang saudara baharu mengejar impian sekali gus berjaya menggenggam segulung ijazah Bacelor Sains (Kepujian) Major Biologi pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke - 42, semalam.

Nuraimi telah kehilangan ayahnya, Hee Tai semasa dalam darjah 5. Sejak itu ibunya, Siti Hajar Abdullah, 58, menyara hidup mereka sekeluarga dengan menorah getah.

“Sejak kecil hinggalah ke universiti, saya masih membantu ibu menorah getah. Buat masa ini saya masih menorah getah membantu ibu dengan pendapatan RM300 sebulan selain mendapat bantuan juga dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA),” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...