> ISU > Selepas bergelar juara Dai Pendakwah Nusantara Musim ke-6, Adam tak jangka ini yang dia akan dapat!
Selepas bergelar juara Dai Pendakwah Nusantara Musim ke-6, Adam tak jangka ini yang dia akan dapat!
ZALMIMAZURA ZAHARI Khamis | 1 November 2018

Alhamdulillah, rezeki Allah tiada siapa yang dapat pertikaikan. Sesungguhnya setiap apa yang diusahakan ke jalan yang benar pasti akan beroleh kejayaan dan mungkin juga lebih dari apa yang kita jangkakan.

Begitulah juga perjalanan yang dilalui oleh Muhammad Adam Muhibullah Abdullah atau lebih selesa dengan sapaan Adam setelah menjuarai Program Dai Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 baru-baru ini. Ternyata rezeki Allah tak pernah salah alamat.

Bukan sahaja membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM60,000,di samping dua tiket umrah serta hadiah-hadiah sampingan yang lain, tetapi apa yang lebih 'mengujakan' ialah rezekinya semakin bertambah-tambah selepas bergelar juara dalam program tersebut.

“Alhamdulillah, saya pun tak sangka sampai macam tu sekali penangan selepas pembabitan saya dalam program Dai Pendakwah Nusantara Musim ke-6. Sejak dari situ saya mula dikenali dan kadang-kadang saya rasa janggal juga la sebab dari orang tak kenal, sekarang kalau pergi mana-mana, ada yang ajak bergambar dan tegur. Semua ini perkara baharu buat buat saya, pun begitu saya cuba untuk membiasakannya, selagi ia tidak membataskan hukum agama,” kata Adam.

Akui Adam selepas bergelar juara, rezekinya makin luas terutamanya dari segi memenuhi jemputan untuk memberi ceramah dan motivasi di masjid, surau dan sekolah-sekolah.

“Insya Allah jika tiada aral, awal bulan November dan Disember ini saya akan ke Sabah untuk memenuhi jemputan di sana. Syukur, rezeki saya untuk memberi sedikit sebanyak ilmu kepada masyarakat di merata negeri, semoga ia bermanfaat untuk kita semua,” katanya yang juga seorang saudara baru.

Tambah Adam lagi, sejak dirinya mula dikenali secara tak langsung turut memberi 'peringatan' kepada dirinya untuk perbanyakkan lagi ilmu kerana masyarakat akan menjadikannya sebagai bahan rujukan. “Mana yang boleh saya bantu, saya bantu selesaikan persoalan atau kemusykilan yang mereka tanya. Kalau tidak, saya minta bagi masa untuk saya tanya pada yang lebih pakar atau pun minta mereka rujuk pada golongan yang lebih autoriti. Selain itu saya juga perlu sentiasa menjaga peri laku dalam semua aspek kehidupan seharian,” katanya lagi.

Sedar akan dirinya sentiasa dihambat dengan kesibukan lantaran dalam memenuhi jemputan yang kadang berderet-deret setiap hari memaksa Adam untuk mengamalkan cara hidup yang lebih sihat supaya stamina diri dapat diperingkatkan. Justeru, penjagaan makanan, kesihatan dan senaman sangat dititikberatkan agar kekuatan mental, fizikal dan iman terus kekal optimum.

Ditanya dari segi pembahagian masa, jelas Adam buat masa ini jadual pembelajarannya tidak padat dan dia akan mula masuk kuliah pada 12 November ini.

ARTIKEL BERKENAAN {Ramai yang tak tahu kisah di sebalik pengislaman Adam, Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-6}

“Buat masa ini saya hanya ada dua subjek sahaja untuk dihabiskan termasuk tesis. Lazimnya saya hanya akan terima jemputan pada hari yang tidak mengganggu kelas iaitu pada hujung minggu ataupun pada hari biasa yang tiada kelas.

“Insya Allah untuk perancangan masa depan, saya bercadang nak sambung belajar ke peringkat Master pula. Buat masa ini berbaki satu semester lagi untuk menghabiskan ijazah saya. Manakala dari segi aktiviti dakwah pula, selepas ini saya akan memberi keutamaan untuk berdakwah kepada golongan non-Muslim dan juga mualaf tetapi dalam masa yang sama juga saya akan fokus kepada program berbentuk motivasi,” jelas mahasiswa dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ini yang bakal menerbitkan lagu single pertamanya tidak lama lagi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...