> KELANTAN > Kias terima penghormatan jadi tuan rumah kejohanan Masiswa 2018
Kias terima penghormatan jadi tuan rumah kejohanan Masiswa 2018
WARTAWAN SINAR HARIAN Khamis | 1 November 2018

KOTA BHARU - Penghormatan yang besar buat Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) apabila menjadi tuan rumah buat pertama kalinya bagi Kejohanan Sukan IPTS (Masiswa) Zon Timur 2018 kali ini.

Pendaftar Kias, Ahmad Nazir Ahmad berkata, kejohanan selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad bakal melibatkan 1,000 penyertaan dengan enam acara dipertandingkan.

Menurutnya, sebanyak 15 institusi terlibat sama dalam kejohanan tersebut yang diwakili peserta dari kolej masing-masing untuk merebut juara kejohanan kali ini.

“Kejohanan sukan ini menjadi pemangkin jalinan kerjasama antara pelajar dan kakitangan. Ia juga menjadi platform bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan warga IPTS terlibat di samping memupuk semangat kesukanan serta kerjasama,” katanya.

Katanya, antara IPTS yang terlibat adalah Kolej Ketengah, Pahang Skill, UCYP, Widad Eagles, Uniten, Kuipsas, Tesdec, Drb-Hicom-Dhu, MSU-Terengganu, UC Bestari, Tatiuc, MSU-Kota Bharu, Cosmopoint College dan Ranaco.

Sementara itu, acara dipertandingkan adalah, bola sepak, badminton, pingpong, bola jaring, catur dan sepak takraw yang mana berlangsung di Kias dan sekitar Kota Bharu.

Majlis perasmian pembukaan kejohanan akan disempurnakan Pengerusi JawatanKuasa Belia, Sukan Dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat.

Manakala, Presiden Masiswa Zon Timur, Prof Datuk Dr Mohd Zamri Mohd Yusoff dijangka menyempurnakan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kejohanan tersebut.

Terdahulu satu perlawanan persahabatan di antara kakitangan Kias dan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) telah diadakan baru-baru ini sempena Kejohanan Masiswa Zon Timur 2018 berkenaan.

Perlawanan yang berlangsung di kolej berkenaan menyaksikan pasukan Kias menundukkan MDPM dengan jaringan 4-2.

Turut sama beraksi pada perlawanan tersebut ialah Ahmad dan juga Setiausaha MDPM, Muhammad Zaidi Mat Jusoh.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...