> CETUSAN > Pinda undang – undang, larang isu pinjaman pendidikan dijadikan bahan kempen PRU
Pinda undang – undang, larang isu pinjaman pendidikan dijadikan bahan kempen PRU

SATU langkah yang lebih drastik atau ekstrem perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan supaya isu yang berkaitan dengan pinjaman pendidikan ini tidak terus menjadi permainan politik oleh mana – mana pihak dalam negara khusus dikalangan ahli politik serta parti politik dimasa akan datang dalam negara kita.

Pindaan boleh dilakukan ke atas mana – mana peruntukkan sedia ada dalam negara kita seperti Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 [Akta 5] dengan menjadi isu ini sebagai salah satu kesalahan pilihanraya dan melarang mana – mana pihak untuk terus mengunakan isu pinjaman pendidikan sebagai modal politik mereka untuk meraih undi.

Dengan adanya peruntukkan khusus mengenai perkara ini, mana – mana ahli politik atau parti politik tidak lagi boleh menjadikan isu pinjaman pendidikan ini sebagai bahan kempen politik setiap kali tibanya musim pilihanraya.

Sekiranya peruntukkan khusus ini wujud, mana – mana ahli politik atau parti politik tidak boleh lagi meletakkan isu pinjaman pendidikan dalam manifesto politik pilihanraya mereka.

Sekiranya mereka masih berdegil berbuat demikian, ahli politik serta parti politik berkenaan boleh dikenakan denda atau sebarang hukuman yang berat.

Isu pendidikan khususnya yang berkaitan dengan pinjaman pendidikan Perbabadan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa mendapat tempat dalam negara kita semenjak ianya ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu.

Baru – baru ini juga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri melahirkan rasa kekecewaannya terhadap isu pinjaman PTPTN yang tidak dibayar balik ini.

Menurut beliau, sikap tidak amanah peminjam menjadi punca jumlah tunggakan hutang bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangkau sehingga RM36 bilion.

Dr. Mahathir juga berkata, kebanyakan daripada peminjam telah mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang PTPTN.

Walaupun begitu, kita juga harus ketahui kenapa sesetengah peminjam begitu liat untuk membayar balik pinjaman mereka, selain daripada isu integriti dan sikap tidak amanah seperti yang dinyatakan oleh perdana menteri, para peminjam ini juga menjadi keliru dengan isu pinjaman pendidikan yang sering dijadikan bahan, modal, kempen politik lebih – lebih lagi sewaktu tibanya musim pilihanraya.

Sudah menjadi fitrah setiap manusia untuk mengharapkan kesenangan dan kemudahan dalam hidup mereka.

Ini termasuklah dengan isu pinjaman pendidikan yang dimiliki. Ada dikalangan peminjam yang sanggup menunggu ahli politik untuk membuat janji manis untuk mengurangkan atau memansuhkan terus pinjaman yang telah mereka buat supaya para peminjam tidak perlu membayar balik pinjaman yang telah mereka buat.

Sikap sesetengan ahli politik sebegini sekaligus telah menyebabkan peminjam mengambil isu bayaran balik pinjaman mereka dengan mudah serta sambil lewa kerana sering mengharapkan berita baik terhadap pinjaman yang telah mereka buat.

Isu pinjaman pendidikan tidak sepatutnya dipolitikkan lagi dalam negara kita kerana ia melibatkan masa depan diri peminjam itu sendiri serta bakal - bakal peminjam yang lain.

Setiap peminjam yang rata – ratanya terdiri daripada generasi muda ini perlu dilatih dari peringkat awal untuk lebih berdisplin dalam soal pengurusan kewangan serta pembayaran balik hutang pendidikan yang dimiliki oleh mereka.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...