> SEL KL > WorldSkills Malaysia: DRB-Hicom University juara, Simon menang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri
WorldSkills Malaysia: DRB-Hicom University juara, Simon menang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri
YANG LATIFFA AHMAD, DRB-HICOM UNIVERSITY Jumaat | 23 November 2018

SHAH ALAM - DRB-Hicom University of Automotive Malaysia (DRB-Hicom University) baru-baru ini telah merangkul juara dalam pertandingan WorldSkills Malaysia bagi Kategori Belia (Teknologi Automobil), apabila pelajarnya, Simon Wong Tian Bing dinobatkan pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Dengan kemenangan berkenaan, DRB-Hicom University akan mewakili Malaysia pada pertandingan WorldSkills Peringkat Asia dan Negara, sementara Simon, pelajar tahun empat Diploma Teknologi Automotif akan mewakili Malaysia dalam pertandingan WorldSkills Asia 2018 di Abu Dhabi.

Menurut Simon, tugasan pada peringkat akhir pertandingan WorldSkills Malaysia tersebut agak mencabar namun dia berjaya menyempurnakan semua tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah dan jurulatih yang membimbing dan menyokong saya sepanjang tempoh pertandingan. Ternyata latihan secara berterusan yang merangkumi aspek kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal dan kreatif banyak membantu dalam meningkatkan kemahiran saya dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan semasa pertandingan tersebut," katanya.

Simon (tengah) dan Johan Kategori Terbuka WorldSkills Malaysia yang mewakili DRB-Hicom University. (FOTO DRB-HICOM UNI)
Simon (tengah) dan Johan Kategori Terbuka WorldSkills Malaysia yang mewakili DRB-Hicom University. (FOTO DRB-HICOM UNI)

Setiap peserta diberikan masa tiga jam untuk melengkapkan enam tugasan yang merangkumi sistem elektronik kereta, penalaan enjin, sistem brek, sistem penyerap hentak, jajaran tayar, transmisi automatik serta sistem mekanikal enjin.

Pertandingan ini telah berlangsung di Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam. Lebih membanggakan apabila Anugerah Tangan Emas telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Simon.

Juara Kategori Terbuka

Sementara itu, pada hari yang sama, dua kumpulan daripada DRB-Hicom University telah muncul sebagai juara dalam kategori terbuka Pertandingan WorldSkills Malaysia.

Johan Kategori Terbuka WorldSkills Malaysia 2018. (FOTO DRB-HICOM UNI)
Johan Kategori Terbuka WorldSkills Malaysia 2018. (FOTO DRB-HICOM UNI)

Daripada 10 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut, Muhammad Arif Zakaria, Muhammad Shahizan Rosli dan Muhamad Hafiz Jasman telah memenangi tempat pertama dengan membawa pulang RM2,000.

Tempat kedua pula jatuh kepada kumpulan junior yang diwakili Safril Samad, Megat Izzat Haikal Megat Abdullah dan Aisyah Shahira Jefree dengan membawa pulang wang tunai RM1,500.

Kumpulan junior DRB-HICOM University menjadi naib johan. (FOTO DRB-HICOM UNI)
Kumpulan junior DRB-HICOM University menjadi naib johan. (FOTO DRB-HICOM UNI)

Setiap kumpulan diberi masa selama tiga jam untuk melengkapkan tiga tugasan merangkumi bahagian engine overhaul dan brakes and suspension. Setiap kumpulan perlu meleraikan komponen-komponen enjin, mengukur dan mengenal pasti masalah yang terdapat pada setiap komponen dan seterusnya memasang semula komponen-komponen tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Pertandingan WorldSkills Malaysia ini merupakan pertandingan kemahiran tahunan bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran dan potensi tinggi.

Kejayaan yang dicapai DRB-Hicom University ini sememangnya membuktikan komitmen dan kejayaan universiti dalam melahirkan pelajar kelas pertama dari sudut pengetahuan dan kemahiran dalam industri automotif.

DRB-Hicom University sentiasa percaya dalam mengenal pasti, memupuk dan membangunkan bakat pelajar, ini selaras dengan aspirasi negara ke arah mewujudkan modal insan bagi Revolusi Industri 4.0.

Para pemenang WorldSkills Malaysia 2018. (FOTO DRB-HICOM UNI)
Para pemenang WorldSkills Malaysia 2018. (FOTO DRB-HICOM UNI)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PEKAN - Mengendali alatan membaiki kereta bagaikan satu permainan buat Adlina Syazlin Faizul, walaupun tiga tahun lalu dia tidak mengenali walaupun sebutir spanar. Adlina Syazlin,...
TIGA orang pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila...
KUMPULAN Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mendapat penarafan emas dan perak pada Majlis Konvokesyen KIK Universiti Awam Ke-14...
SUNGAI PETANI - Sejak kebelakangan ini, penyakit gaya hidup atau dikenali sebagai lifestyle diseases merupakan masalah kesihatan awam yang serius di Malaysia dan juga di seluruh...
BANGI – Berbekalkan kecekalan hati dan usaha yang berterusan, Jason Cheong Kah Lok, 24 dan Syarifah Fatimah Syed Mad Azin, 25 telah dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja...
PEKAN - Pelajar lepasan sekolah yang ingin meneruskan pembelajaran di pusat pengajian tinggi, terutamanya dalam bidang automotif kini mempunyai pilihan yang mana DRB-HICOM...