> EVENT > Pegawai kadet Sispa UMS ditauliahkan Leftenan Muda
Pegawai kadet Sispa UMS ditauliahkan Leftenan Muda
BERNAMA Jumaat | 23 November 2018

KOTA KINABALU - Seramai 51 pegawai Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditauliahkan pangkat Leftanan Muda pada satu majlis di sini, malam tadi.

Pentauliahan itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, Datuk Roslan Wahab. Tahun ini adalah tahun kelima UMS melaksanakan majlis pentauliahan berkenaan

Berucap pada majlis itu, beliau berkata pentauliahan itu antara lain dapat menjadi medan untuk menzahirkan semangat kesukarewalan yang wujud dalam siswa-siswi serta masyarakat yang sedia tampil menyertai APM.

“Penglibatan siswa-siswi di peringkat komuniti sangat penting bagi memastikan tindakan awal dapat diambil apabila berlaku bencana. Berdasarkan latihan yang diberikan, tidak dapat dinafikan bahawa ia dapat membantu pasukan SISPA dalam melatih serta menguji ketahanan mental dan fizikal kadet Sispa UMS,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Shahril Yusof, yang juga Penolong Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam.

Shahril berkata, majlis pentauliahan pada tahun ini melibatkan 38 wanita dan 13 lelaki dari kampus induk, kampus Sandakan dan Kampus Labuan. Kesemua yang ditauliahkan itu telah menjalani pelbagai latihan pertahanan selama tiga tahun. - Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
NILAI – Budaya kesukarelawan dalam kalangan generasi muda perlu diperhebatkan kerana ia mampu meningkatkan semangat cintakan negara, saling hormat menghormati dan toleransi...
KOTA KINABALU - Tamu Gadang adalah manifestasi kepada kejayaan pelajar serta seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS). Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin...
PUNCAK ALAM - Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor telah...
PUNCAK ALAM - Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam telah menjalani Program Latihan Medan yang diadakan di Padang Kawad...
KOTA TINGGI - Bagi sesetengah orang sudah pasti tidak akan menolak apabila ditawarkan kerjaya bergaji lumayan, namun tidak bagi Ketua Polis Daerah Kota Tinggi yang memilih untuk...
NILAI – Sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghantar para siswanya ke empat buah negara di bawah program Global Islamic...