> MLK N.9 > Karnival Kerjaya PMM tawar pekerjaan lebih 2000 kekosongan
Karnival Kerjaya PMM tawar pekerjaan lebih 2000 kekosongan
ROZER MASUDIN, PMM Rabu | 28 November 2018

MERLIMAU – Politeknik Merlimau baru-baru ini telah mengadakan Hari Kerjaya Internship & Career Excellence Day 4.0 dengan kerjasama JobMalaysia Centre Melaka bersempena dengan kehadiran para pelajarnya yang menamatkan latihan industri.

Menurut Pengarahnya, Rosli Hamid, program tersebut merupakan Program Kerjaya yang diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar yang tamat latihan industri untuk terus mendapatkan pekerjaan tanpa perlu berlengah. Dianggarkan sekurang-kurangnya 26 majikan turut serta dengan menawarkan lebih 1200 kekosongan jawatan untuk diisi.

Rosli berkunjung ke kaunter pameran universiti yang turut serta bagi menghebahkan peluang melanjutkan pelajaran kepada para pelajar politeknik.
Rosli berkunjung ke kaunter pameran universiti yang turut serta bagi menghebahkan peluang melanjutkan pelajaran kepada para pelajar politeknik.

“Seramai 475 pelajar Politeknik Merlimau yang telah menghabiskan latihan industri dijangka akan hadir ke program ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang bagi merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh para syarikat yang menyertai hasil daripada kerjasama bersama JobMalaysia,” ujarnya ketika ditemui.

Menurut beliau, program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan dua kali setahun oleh kerana para pelajar dalam masa setahun akan melapor diri semula ke Politeknik Merlimau selepas menjalani latihan industri iaitu pada bulan April dan November pada setiap tahun.

“Malah, awal tahun ini iaitu pada bulan April 2018 juga kita telah adakan siri yang ketiga. Pada masa itu, kita turut bekerjasama dengan JobMalaysia dalam menjayakan program,” katanya.

Rosli (tengah) bergambar bersama para pelajar sejurus selesai Majlis Perasmian bertempat di Dewan Platinum.
Rosli (tengah) bergambar bersama para pelajar sejurus selesai Majlis Perasmian bertempat di Dewan Platinum.

Menurut beliau lagi, inisiatif seperti ini sewajarnya dilakukan mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) khusus untuk mengurangkan mahasiswa menganggur selepas tamat pengajian.

Majlis perasmian Karnival Kerjaya tersebut telah disempurnakan oleh Rosli Hamid. Turut hadir sama Rohana binti Wan Omar Fadzil, Pengurus JobMalaysia Centre Melaka, Encik Mohd Asri bin Chik, Ketua CISEC dan Ishak bin Mohamed Basir, Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Merlimau.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
GENDANG gendut tali kecapi, kenyang perut senanglah hati. Pantun dua kerat ini mungkin biasa kita dengar, tetapi berapa ramai pula yang mengenali alat muzik bernama kecapi? Di...
KUALA LUMPUR - Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini telah mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar atau Asia Center of Excellence for...
TIGA orang atlet tekwando Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mempamerkan aksi cemerlang dalam Pertandingan Tekwando Peringkat Antarabangsa Terbuka di Korea Selatan...
PUTRAJAYA - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga universiti Maghribi untuk memperluaskan rangkaian...
KUALA LUMPUR – AlChemist Training Academy (AlChemist) iaitu pusat latihan berteraskan program Outfit Industri menawarkan peluang pendidikan dan pekerjaan terutama kepada generasi...
Menerima sambutan yang sangat menggalakkan hasil penyertaan persidangan sebelum ini, maka pada tahun ini, The Fifth International Conference on Management and Mualamah 2018 (5th...