> > ASEAN Jump Rope Bangkok dan Thailand Jump Rope Open 2018: Politeknik Mersing bakal berentap
ASEAN Jump Rope Bangkok dan Thailand Jump Rope Open 2018: Politeknik Mersing bakal berentap

BANGKOK - Kontinjen Malaysia termasuk pasukan Politeknik Mersing bakal berentap di dua kejohanan iaitu Asean Jump Rope Bangkok dan Thailand Jump Rope Open 2018.

Kejohanan yang terbuka itu berlangsung di Gymnasium Rangsit Universiti itu turut disertai lebih 10 buah negara termasuk Malaysia.

Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj berkata, kejohanan antarabangsa itu akan bermula dari 29 November sehingga 2 Disember 2018 ini.

Kontinjen Malaysia termasuk pasukan Politeknik Mersing bakal berentap di dua kejohanan iaitu Asean Jump Rope Bangkok dan Thailand Jump Rope Open 2018
Kontinjen Malaysia termasuk pasukan Politeknik Mersing bakal berentap di dua kejohanan iaitu Asean Jump Rope Bangkok dan Thailand Jump Rope Open 2018

Menurutnya, kontinjen Malaysia diwakili oleh Politeknik Mersing Johor, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tebrau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Pengawa Barat, SMK Dato Lokman KL dan SMK Tunku Lailatul Shahreen, Perlis yang menyertai hampir keseluruhan kejohanan yang berlansung selama lima hari itu.

"Sukan lompat tali ini mula mendapat perhatian di Malaysia sejak tahun 1999 dan diperkenalkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk kempen ‘lompat tali untuk jantung.

"Politeknik Mersing Johor mengambil peluang ini sebagai salah satu persediaan untuk menjadikan Politeknik Mersing Johor sebagai hub latihan dan pemerkasaan sukan Lompat Tali di Malaysia khususnya di Johor,"katanya.

Hassan berkata, pihaknya akan mendoakan wakil kontigen Malaysia bakal meraih kejayaan dalam kejohanan antarabangsa kali ini.

Pasukan Politeknik Mersing bakal berentap di dua kejohanan iaitu Asean Jump Rope Bangkok dan Thailand Jump Rope Open 2018
Pasukan Politeknik Mersing bakal berentap di dua kejohanan iaitu Asean Jump Rope Bangkok dan Thailand Jump Rope Open 2018

“Wakil Pengurus dan Penolong Pengurus Lompat tali pasukan Politeknik Mersing Johor, PM jumpers iaitu Mohd Fairullah Muhammadon serta Suraya Hani Kamarolzaman telah berada di Bangkok bagi membantu persediaan empat wakil pelajar kita yang terpilih ke sana iaitu Luqman Hanif B. Lajakarek, Muhamad Syazahin Mohd Salleh, Amsyar Ridhwan Roslan dan Amirul Faiq Harun,"katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
THAILAND - Politeknik Mersing Johor telah melaksanakan Program Pengantarabangsaan Pelajar (PSR) Thailand pada 20 hingga 25 November 2018 lalu. Jalinan Kolaborasi Malaysia-Thailand...
Penganjuran Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) dilihat terus menyatu dan menjulang semangat erat hubungan baik dalam kalangan warga staf Universiti Awam (UA)...
JOHOR - Suri Teladan 2018 merupakan program untuk politeknik-politeknik Zon Selatan (lapan buah politeknik). Program ini berlangsung di Politeknik Mersing Johor (PMJ) pada 29 Julai...
MERSING - Sebanyak 15 Politeknik dari seluruh Malaysia melibatkan dua bidang iaitu Information Technology (Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi), dan Creative Technology...
ISKANDAR PUTERI - Tujuh negara bakal berentap untuk merebut Kejuaraan Ragbi Bawah-18 (B-18) Lelaki Asia 2018 yang akan berlangsung di Stadium EduCity, Iskandar Puteri, pada 8 dan...
BATU PAHAT – Dua orang pelajar Muhammad Naufal Adam dan Nur Fatehah Fitri bersama seorang pensyarah, Dr. Lee Te Chuan dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti...