> AKTIVITI KAMPUS > Pelajar iNED, UiTM aplikasikan pembelajaran dalam kelas kepada komuniti
Pelajar iNED, UiTM aplikasikan pembelajaran dalam kelas kepada komuniti
HIDAYATUL AKMAL KAMALROLZAMAN, iNED UiTM Khamis | 29 November 2018

GOMBAK - Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (ePJJ), Institut Pendidikan Neo (iNED), Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menjalankan satu program khidmat masyarakat bertemakan Masyarakat Prihatin Generasi Cemerlang di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim An Nasuha, Gombak, baru-baru ini.

Tujuan utama program adalah bagi menjalankan program khidmat komuniti berkaitan subjek kursus yang dipelajari pada semester 4 di UiTM iaitu BHS405 (Anatomy & Physiology 1) dan BHS450 (Health Psychology), di samping menyampaikan modul-modul pendidikan kesihatan kepada komuniti anak-anak yatim An Nasuha.

Petugas sedang mengedarkan sarapan kepada penghuni An Nasuha. (FOTO UITM)
Petugas sedang mengedarkan sarapan kepada penghuni An Nasuha. (FOTO UITM)

Seramai 86 orang pelajar kejururawatan dan tiga orang pensyarah telah terlibat dalam menjayakan program komuniti ini dan disertai kira-kira 72 orang penghuni An Nasuha yang berumur dari 3 – 15 tahun.

Razif Dasiman selaku penasihat program yang juga Koordinator Transformasi Komuniti Sains Kesihatan UiTM berkata, program komuniti seperti ini amatlah baik diterapkan dalam aktiviti mahasiswa-mahasiswi universiti.

Simbolik perasmian program dilakukan Razif dan Fatmah, dalam acara memotong kek perasmian program. (FOTO UITM)
Simbolik perasmian program dilakukan Razif dan Fatmah, dalam acara memotong kek perasmian program. (FOTO UITM)

"Ini kerana proses terjemahan ilmu yang dipelajari di dalam kelas kuliah dapat diaplikasikan secara terus kepada komuniti masyarakat yang memerlukan, selain dapat memupuk jiwa pelajar yang prihatin terhadap persekitaran hidup masyarakat setempat," katanya.

Sepanjang program, para pelajar diberi peluang untuk memberi pendidikan kesihatan kepada semua penghuni.

Penghuni khusyuk mendengar penerangan disampaikan fasilitator yang bertugas. (FOTO UITM)
Penghuni khusyuk mendengar penerangan disampaikan fasilitator yang bertugas. (FOTO UITM)

Menurut Ketua Projek, Jasni Ulak, beberapa modul telah dirangka dan telah disampaikan kepada anak-anak An Nasuha seperti Modul Pemakanan Sihat, Modul Penjagaan Gigi, Modul Pendidikan Awal Remaja dan Seks, Modul Pengurusan Emosi Kanak-kanak dan juga Modul Keburukan Merokok.

"Selain itu, para pelajar juga ditugaskan untuk bekerjasama dalam melakukan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan asrama, tandas dan sekitar kawasan rumah An Nasuha," tambahnya.

Sebahagian pelajar kejururawatan iNED UiTM yang terlibat dalam program CSR di Rumah Anak Yatim An Nasuha. (FOTO UITM)
Sebahagian pelajar kejururawatan iNED UiTM yang terlibat dalam program CSR di Rumah Anak Yatim An Nasuha. (FOTO UITM)

Dalam program ini juga sumbangan peribadi para siswa-siswi serta kerjasama dari beberapa syarikat dan perseorangan berupa wang, hamper makanan, keperluan asas memasak seperti beras, biskut, minyak, gula, keperluan dobi, mesin basuh, pakaian, buku dan alat tulis telah disampaikan kepada pengerusi An Nasuha, Fatmah Husin.

Diharapkan agar lebih ramai pihak akan tampil menganjurkan program khidmat komuniti seperti ini pada masa akan datang terutamanya ke atas golongan anak-anak yatim seperti ini yang sangat memerlukan kasih sayang, bantuan dan semangat daripada masyarakat.

Semua peserta mengabadikan kenangan selepas majlis perasmian dijalankan. (FOTO UITM)
Semua peserta mengabadikan kenangan selepas majlis perasmian dijalankan. (FOTO UITM)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BAGI menyahut seruan kolaborasi ilmu melalui program berbentuk jaringan ilmu antara negara ASEAN, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor,...
NILAI - Program kemasyarakatan anjuran pelajar fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA Puncak Alam menjadi tarikan kepada penduduk kaum orang asli di Tadom Hill Nilai di...
BUKAN mudah bagi keluarga khususnya ibu bapa untuk menguruskan anak-anak kelainan upaya atau 'istimewa', bahkan tidak semua juga mengetahui ilmu pengurusan kanak-kanak...
PUNCAK ALAM - Mahasiswa OTSA iaitu persatuan pelajar dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menganjurkan Program...
PUNCAK ALAM - Mahasiswa OTSA iaitu persatuan pelajar Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menganjurkan program...
PERSATUAN Pelajar Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH) di bawah Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam. telah mengadakan program MELTECH Scene...