> PERAK > Dua program khas untuk reasliasikan hasrat Perak juarai Sukma 2020
Dua program khas untuk reasliasikan hasrat Perak juarai Sukma 2020
BERNAMA Jumaat | 30 November 2018

IPOH - Kerajaan negeri akan mewujudkan dua program khas di peringkat negeri selaras dengan usaha untuk memastikan Perak berjaya menjadi juara pada Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang akan berlangsung di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata dua program tersebut akan meliputi projek pembangunan dan penumpuan terhadap atlet berprestasi tinggi.

Katanya program itu juga akan dipantau oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) bersama beberapa agensi lain untuk memastikan ia dijalankan dengan penuh komprehensif.

"Kalau kita berjaya mewujudkan program pembangunan dan program atlet berprestasi tinggi ini, tiada sebab untuk kita tidak mencapai sasaran untuk bergelar juara pada Sukma di Johor.

"Program ini juga nanti akan dilaksanakan MSN Perak bersama UPSI dan beberapa agensi lain untuk memudahkan sasaran itu dapat direalisasikan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shahrul Zaman Yahaya (BN-Rungkup) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di sini.

Terdahulu, Shahrul mengajukan soalan berkaitan persediaan yang akan dilakukan kerajaan negeri khususnya dalam mempersiapkan atlet Perak dalam menghadapi Sukma 2020 di Johor.

Selain itu, Lee berkata proses pembangunan dan peningkatan prestasi seseorang atlet itu adalah berbeza dan ia memerlukan kesungguhan yang optimum dan jitu untuk mereka berjaya.

"Pembangunan antara satu jenis sukan dengan satu sukan lain adalah berbeza. Jadi, sukar untuk kita seragamkannya cuma, dengan pendekatan program ini, ia akan membolehkan kita memberi penumpuan khusus kepada sukan yang kita sasarkan untuk memenangi pingat," katanya.

Mengulas isu penginapan atlet sewaktu Sukma berlangsung September lepas, Lee yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji berkata, setiap kontinjen negeri berpuas hati terhadap perkara itu meskipun ada beberapa aduan dibuat.

"Kita telah meminta maaf dan selesaikan (penginapan) serta-merta pada waktu itu dan kita telah mendapat maklum balas yang cukup baik daripada mereka.

"Saya akui jika ini bukan Sukma terbaik namun kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya," katanya. - Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
TRONOH - Kerajaan negeri akan melaksanakan satu kursus dikenali sebagai Akademos (akademi rakyat) khusus memperkasakan pembangunan golongan muda ke arah kemajuan demokrasi...
KEMAMAN - Kerajaan negeri akan menawarkan tempat kepada pelajar pusat pengajian agama yang mahu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Universiti TATI (TATIUC) bagi...
Chee Wee Sen berjaya merangkul Naib Juara Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antara Penuntut Bukan Melayu IPTA/IPTS Zon Utara 2018 sempena Jerayawara Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan...
KUALA LUMPUR - Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini telah mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar atau Asia Center of Excellence for...
KUALA TERENGGANU - Sebanyak 99 peratus pelajar Politeknik Kuala Terengganu (PKT) bagi sesi Jun dan Disember 2017 telah memperoleh pekerjaan di sektor dan agensi kerajaan selepas...
JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Pasukan Pirates Junior berjaya menjadi juara selepas menewaskan Sajoha Voking dalam Kejohanan Rugbi Matrikulasi 7 sebelah...