> AKTIVITI KAMPUS > Instameet Malaysia 2018 ingin realisasikan kempen 'Tak Nak Straw'
Instameet Malaysia 2018 ingin realisasikan kempen 'Tak Nak Straw'
WARTAWAN KAMPUS UOLS 30 November 2018

Paradoxx Ventures daripada Fakulti Pengurusan dan Peniagaan akan menganjurkan Instameet Malaysia 2018 pada 8 Disember 2018 di Eco Grandeur, Puncak Alam.

Program ini merupakan salah satu projek tahun akhir yang dikendalikan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda di UiTM kampus Puncak Alam.

Instameet Malaysia menyediakan platform yang sesuai kepada pengunjung untuk mengetahui kepelbagaian unik tentang penggunaan instagram yang mana ianya boleh membawa kepada hubungan yang baik antara mereka di dalam satu majlis. Idea yang diberikan oleh pelajar tahun akhir ini mampu menjadikan program ini sebagai satu fenomena festival yang diingati dan instagrammable.

Instameet Malaysia
Poster Instameet Malaysia 2018

Program yang akan berlangsung selama satu hari 8 Disember 2018 (Sabtu) bermula jam 2.00 petang sehingga 10.00 malam ini menggalakkan pengunjung untuk membawa bekas minuman dan makanan untuk mengurangkan penggunaan plastik di dalam majlis Instameet Malaysia 2018 dengan merealisasikan dan mempromosikan gaya hidup eko-hijau atau kempen ‘Tak Nak Straw’.

‘From Virtual to Reality!’ Sama ada anda berdiri di sekeliling bersembang tentang fotografi atau makanan kegemaran anda, mengambil gambar tanpa henti, atau hanya berjalan-jalan, nikmatilah permainan #Photowalk challenge kami dan kenali komuniti anda.

Lakukan yang terbaik untuk membuat semua orang berasa dialu-alukan dan disertakan.

Sekiranya terdapat instagrammers yang tidak dapat mengambil bahagian, mereka boleh menyertai aktiviti lain seperti bengkel #InstaVlog oleh Pocket Production, bengkel #InstaBeauty oleh Zakirah Zainal dan mini konsert penutupan pada malam hari oleh artis terkenal Arja Lee serta Amir Aliff, Kucaimars, Dalia Farhana dan lain-lain. Kami menampilkan penampilan istimewa iaitu Amy search!

Masuk adalah percuma.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PUSAT Pengajian Teater Fakulti Filem, Teater dan Animasi akan menganjurkan Projek Diploma Art Showcase yang akan mementaskan sebuah teater bertemakan pengorbanan dalam mencapai...
PORT DICKSON – Pelajar semester lima program Diploma in Graphic Design (DiGD), Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan telah menganjurkan program 'Diploma Show' pada 7 dan 8...
BANGI - Seramai 7,021 graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen UKM Ke-46 yang berlangsung pada 10 hingga 13 November 2018 di Dewan...
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menganjurkan Karnival Kerjaya PSA 2018 pada 6 September 2018. Hampir 1000 orang telah membanjiri Dewan A-Jazari, PSA di...
Saranan Menteri Pendidikan Malaysia untuk memberi kuasa kepada mahasiswa menguruskan sendiri Pilihan Raya Kampus (PRK) ternyata mendapat banyak respon positif dalam kalangan...
TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Produk Inovasi Komik STEM 2018 yang bakal dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran...