> JOHOR > Khidmat komuniti dekatkan UTHM, Unrika dengan masyarakat Orang Asli Kanaq
Khidmat komuniti dekatkan UTHM, Unrika dengan masyarakat Orang Asli Kanaq
BERNAMA 6 December 2018

BATU PAHAT - Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama pihak Universitas Riau Kepulauan (Unrika), Indonesia mengadakan program Khidmat Komuniti Siswa (KKS) untuk mendekati penduduk perkampungan Orang Asli Kanaq, di Sungai Selangi, Mawai dekat Kota Tinggi.

Dekan PPUK Prof Madya Dr Khairul Azman Mohamad Suhaimy berkata PPUK mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya melaksanakan program antarabangsanya itu, yang bermula Rabu lepas sehingga Sabtu ini.

Beliau berkata keistimewaan perkampungan berkenaan adalah kerana ia merupakan kediaman terakhir suku Kanaq di negara ini dan tujuan utama diadakan program berkonsepkan khidmat komuniti siswa (KKS) tersebut adalah bagi berkongsi pengalaman, kemahiran dan ilmu.

"KKS ini merupakan sebuah program mobiliti kemasukan antarabangsa yang bertujuan untuk bersama-sama komuniti dalam pembangunan yang sesuai dengan keperluan semasa dan akan datang.

"Ianya bersifat kesukarelawanan dan memberi khidmat kepada komuniti sasaran. Bukan hanya itu, program ini secara tidak langsung turut memberi peluang kepada mahasiswa UNRIKA untuk berkongsi pengalaman terhadap budaya dan cara hidup etnik suku Kanaq yang turut dipercayai berasal dari suku Laut," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Khairul Azman berkata KKS bertemakan 'Pembangunan Insaniah Pemacu Generasi Bertakwa' itu diketuai penyelaras, Dr Nur Ilyani Ramli.

Beliau berkata sebagai kelompok intelektual, pihaknya merasakan ia menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi segala nilai, ilmu dan kemahiran kepada masyarakat khususnya komuniti minoriti agar golongan itu tidak berasa dipinggirkan dalam arus pemodenan.

Sementara itu, Penghulu Mukim Sedili Besar Mohd Aidil Maleh, menerusi kenyataan sama berkata program seumpama itu perlu diteruskan pada masa akan datang supaya dapat melatih etnik minoriti untuk lebih bersifat terbuka terhadap masyarakat luar.

"Program ini boleh dilihat sebagai satu bentuk pendedahan yang bersifat lembut dalam mengajak etnik Kanaq bersama-sama menerajui pembangunan tanpa mensisihkan nilai keaslian etnik mereka," katanya.

Ketua Kampung Sungai Gembut, Fuad Yusof pula berkata kehadiran delegasi dari Indonesia memberi semangat dan perangsang kepada anggota jawatankuasa kampung berkenaan untuk lebih aktif dalam program-program pembangunan komuniti. - Bernama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PAGOH - Pelajar-pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Pengurusan Diri Seksyen 2, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah...
BATU PAHAT - Lima Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih penarafan bintang di Annual Productivity & Innovation Conference...
BATU PAHAT - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengunjungi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 2 September lalu untuk menemui pelajar baharu sempena berlangsungnya...
TRAGEDI ramai penumpang terbunuh berikutan nahas pesawat dari negara seberang baru-baru ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Namun, apa berlaku...
JOHOR BAHRU - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menandatangani surat hasrat (LoI) dengan Sena Traffic System (STS), Rabu lepas, bagi membuka pusat penyelidikan di kampus...
SEMINAR Pemasaran Digital Kebabom yang telah berlangsung di kampus induk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 10 Oktober 2018 anjuran Fakulti Pengurusan Teknologi (FPTP)...