> EVENT > PMJ bukti kemampuan raih pingat di Kejohanan Sukan Antarabangsa
PMJ bukti kemampuan raih pingat di Kejohanan Sukan Antarabangsa
SURAYA HANI KAMAROLZAMAN , PMJ Jumaat | 7 Disember 2018

BANGKOK - Politeknik Mersing Johor (PMJ) berjaya membuktikan kemampuan menyumbang tiga pingat kepada kontingen Malaysia bagi kategori terbuka yang bertanding di Asean Jump Rope Championship Bangkok 2018 di Gymnasium Rangsit University, Bangkok, Thailand.

PMJ menubuhkan pasukan altlet lompat tali PMJumpers telah berjaya merangkul dua pingat perak dan satu pingat gangsa buat negara daripada 7 pertandingan yang di sertai. Kategori yang dimenangi ialah Freestyle Asean, Freestyle Open dan Double Dutch Open.

PMJ berjaya membawa pulang tiga pingat
PMJ berjaya membawa pulang tiga pingat

Pengarah Politeknik Mersing Johor, Hassan Siraj berkata, PMJumpers bersaing sengit dengan 10 buah negara yang bertanding iaitu Thailand, China, Korea, Hong Kong, Singapore, Iran, Kazakhstan, Indonesia dan India.

Katanya, kejohanan ini berlangsung bermula dari 29 November hingga 2 December 2018 dan kontigen altlet Malaysia diwakili oleh PMJ, SK Sri Tebrau, SMK Dato’ Pengawa Barat, SMK Dato Lokman Kuala Lumpur, SMK Tunku Lailatul Shahreen, Perlis dan altlet Malaysia berjaya membawa pulang hampir 52 pingat untuk Malaysia bagi semua kategori yang di pertandingkan.

Antara aksi yang dipertunjukkan oleh atlet PMJ dalam pertandingan itu.
Antara aksi yang dipertunjukkan oleh atlet PMJ dalam pertandingan itu.

"PMJ ambil peluang ini sebagai salah satu persediaan untuk menjadikan institusi pengajian ini sebagai hub latihan dan pemerkasaan sukan lompat tali di Malaysia khususnya di Johor.

"Pengurus pasukan PMJumpers, Suraya Hani Kamarolzaman dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar PMJ, Mohd Fairullah Muhammadon telah berada di Bangkok bagi membantu persediaan empat wakil pelajar kita yang terpilih di sana iaitu Luqman Hanif Lajakarek, Muhamad Syazahin Mohd Salleh, Amsyar Ridhwan Roslan dan Amirul Faiq Harun," katanya.

Antara aksi yang dipertunjukkan oleh atlet PMJ dalam pertandingan itu.
Antara aksi yang dipertunjukkan oleh atlet PMJ dalam pertandingan itu.

Dalam pada itu, pengurus pasukan,Suraya Hani berkata, penglibatan ke Kejohanan kali ini memberi pengalaman untuk bertanding di platform antarabangsa dan persediaan bagi PMJ ke Asia Pacific Jump Rope Korea 2019 pada tahun hadapan.

“Dengan kemenangan ini kita menyasarkan akan melahirkan lebih ramai atlet di Politeknik dan Kolej Komuniti khususnya Politeknik Mersing Johor . Melalui sukan lompat tali ini dapat membina pelajar yang holistik serta membina karier pelajar PMJ sebagai atlet lompat tali Malaysia,”katanya.

Antara atlet PMJ yang bertanding dalam pertandingan itu.
Antara atlet PMJ yang bertanding dalam pertandingan itu.

“PMJumpers amat berterima kasih mendapat sokongan penuh daripada pengarah dan pihak pengurusan Politeknik Mersing Johor bagi memastikan atlet PMJ dapat mencapai kejayaan seperti hari ini dan kami amat berharap usaha atlet PMJ ini mendapat perhatian daripada Majlis Sukan Politeknik, Kementerian Belia, Sukan dan Kebudayaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu atlet kita mendapatkan latihan intensif dan peluang untuk mengikuti Kejohanan di Korea tahun hadapan,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
MERSING – Politeknik Mersing, Johor (PMJ) melancarkan Majlis pelancaran Minggu Orientasi Siswa (MOS) 2018 bagi pengambilan sesi Disember 2018 yang telah mula mendaftar pada 2...
Gugusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Sukan Staf Antara Gugusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2018 selepas memenangi 10 pingat...
PUTRAJAYA - Focus Group Dialog bagi menghasilkan resolusi pendidikan cybersecurity diadakan di antara Industri dan Projek Keselamatan Aplikasi Web Terbuka (OWASP) dengan Jabatan...
BATAM - Politeknik Mersing Johor amat berbangga dapat mewakili Malaysia sebagai delegasi Kebudayaan di persembahan peringkat antarabangsa Malam Kenduri Seni Melayu Batam,...
MERSING - Sebanyak 15 Politeknik dari seluruh Malaysia melibatkan dua bidang iaitu Information Technology (Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi), dan Creative Technology...
SHAH ALAM - DRB-Hicom University of Automotive Malaysia (DRB-Hicom University) baru-baru ini telah merangkul juara dalam pertandingan WorldSkills Malaysia bagi Kategori Belia...