> TERENGGANU > UMT tandatangani MoU dengan dua institusi kerajaan Aceh
UMT tandatangani MoU dengan dua institusi kerajaan Aceh
AMIRUL SALAM, UMT Jumaat | 14 Disember 2018

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi merapatkan jurang antara Universitas Teuku Umar (UTU) dan Universitas Malikussaleh (UNIMAL) apabila memeterai perjanjian persefahaman (MoU), di sini.

Melihat potensi kedua-dua organisasi tersebut yang juga merupakan institusi kerajaan terkenal di Aceh, Indonesia, UMT mengambil peluang untuk melebarkan jaringan berkaitan pendidikan dan penyelidikan memandangkan institusi terbabit memiliki kekuatan dalam bidang pertanian dan marin.

Delegasi UNIMAL dan UTU mengambil peluang merakam gambar berkumpulan bersama-sama Naib Canselor UMT.

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, pelbagai aspek boleh diketengahkan dan memberi manfaat melalui ikatan perjanjian itu.

“Jalinan kerjasama ini akan memberikan perluasan jaringan hubungan antarabangsa melibatkan program akademik dan mobiliti pelajar, pertukaran pensyarah, aktiviti-aktiviti latihan dan sangkutan serta penyelidikan dan penerbitan secara bersama yang akan membawa manfaat dan hasil membanggakan universiti masing-masing.

Sesi pertukaran dokumen antara Naib Canselor UMT dengan Rektor UTU.
“Kedudukan kampus UTU dan juga UNIMAL di pesisir laut serta mempunyai latar belakang mirip UMT dilihat mampu memberi rangsangan dan perkongsian kepakaran yang mampu melonjakkan lagi momentum penyelidikan dan seterusnya meletakkan UMT sebagai institusi pilihan di peringkat antarabangsa.

“Insya-ALLAH, kita yakin dengan perjanjian ini juga mampu menarik lebih ramai pelajar terutamanya tenaga pengajar di kedua-dua institusi tersebut melanjutkan pengajian di UMT,” ujarnya.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tersebut menyaksikan wakil institusi masing-masing menandatangani dokumen perjanjian diwakili Dr. Nor Aieni dan Rektor Universitas Teuku Umar, Prof. Dr. Jasman J. Ma’aruf serta Rektor Universitas Malikussaleh, Prof. Dr. Apridar.

Acara menandatangani dokumen perjanjian antara Naib Canselor UMT dan Rektor UNIMAL.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai-pegawai utama dan pensyarah UMT serta delegasi daripada UTU dan UNIMAL.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melebarkan sayap dalam memperkasa bidang penyelidikan apabila memeterai perjanjian Perjanjian Persefahaman...
KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melakar sejarah dalam penyelidikan inovasi bagi penghasilan kaedah pendebungaan baharu tanaman fertigasi Melon...
KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi berbangga apabila 22 penyelidiknya tersenarai dalam pangkalan data terbesar, SCOPUS yang menghimpunkan abstrak dan...
KUALA NERUS - Buat julung kalinya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Monsoon Beach Challenge 2018 bertujuan mengeratkan semangat perpaduan dan kesukanan dalam...
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi meraih kejayaan besar dengan merangkul tiga (3) pingat emas dalam MOOC Competition sempena e-Content Development...
KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Bung Hatta (UBH), Padang melibatkan bidang perikanan dan...