> PAHANG > Haluan komited perkasa jati diri generasi muda
Haluan komited perkasa jati diri generasi muda
NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN Isnin | 31 Disember 2018

PEKAN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) komited melaksanakan pelbagai program dalam usaha memperkasakan jati diri generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.

Usaha itu bagi melahirkan generasi muda berperinsip jelas, teguh jati diri dan berkemampuan melaksanakan perubahan berasaskan kepada kesedaran, kefahaman, keyakinan dan penghayatan roh Islam yang sebenar.

Untuk ke arah matlamat itu, Haluan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) menganjurkan Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja 2018, Zon Timur di sini, kelmarin.

Penasihat Program, Mustafa Sulaiman berkata, kursus selama 10 hari itu disertai 52 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dari Pahang dan Terengganu.

Menurutnya, kursus itu fokus kepada pembentukan jati diri dan kesukarelawanan remaja, melahirkan remaja yang cakna, sayang dan sedia berbakti kepada masyarakat serta berkemahiran berorganisasi, pengurusan dan komunikasi.

“Peserta didedahkan dengan 10 modul bimbingan termasuk modul lanjakan paradigma, kemahiran dan profesionalisme, kemahiran baitul muslim, modul halaqah al-Quran, latihan fizikal dan rekreasi, modul etika siber dan media sosial dan modul khidmat masyarakat.

“Sepanjang kursus ini, peserta diasuh untuk berdikari menguruskan diri serta menguruskan masa dengan efektif selain bimbingan kerohanian seperti solat berjemaah setiap waktu, membaca al-Quran dan riadah,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Haluan Pahang berkata, pendidikan menjadi teras dalam memperkasakan jati diri generasi muda.

Justeru, elemen terpenting diterapkan dalam setiap modul adalah proses pendidikan seimbang merangkumi semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Diharapkan peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman sepanjang kursus ini dengan sebaiknya dan mampu mempraktikkan dalam kehidupan mereka.

“Mereka diharap menjadi remaja yang mempunyai jati diri mantap dan sentiasa mencari peluang berkhidmat dengan sukarela kepada masyarakat dengan akhlak yang baik dan terpuji,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
DENGKIL - Terkesan dengan penderitaan yang dilalui oleh masyarakat Rohingya, sekumpulan pelajar program Asasi TESL Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dengkil menganjurkan...
PEJABAT Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan proses penamaan calon bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM sesi...
MUAR - Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) membentuk rangkaian generasi muda yang dapat membantu dalam penyebaran dasar kerajaan kepada rakyat melalui program Pewaris Muda Negara...
Sistem pendidikan kenegaraan di sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu diperkasakan supaya dapat membentuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan generasi...
MELAKA - Program 'Robot Olympics Malaysia 2018' anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi platform terbaik kepada pelajar dalam usaha kerajaan...
Menyedari akan kepentingan sesuatu bahasa boleh diangkat sebagai bahasa komunikasi di seluruh dunia dengan menjadikan ia bahasa perantaraan, Al Madinah International University...