> > Konsert The Era Aswara raikan kegemilangan karya muzik dari era 50an hingga kini
Konsert The Era Aswara raikan kegemilangan karya muzik dari era 50an hingga kini
DANIA AMINURDIN, ASWARA Rabu | 2 Januari 2019

SEBUAH acara produksi muzik, Konsert The Era anjuran pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) telah diadakan di Panggung Eksperimen, Aswara, baru-baru ini.

Konsert berkonsepkan kronologi lagu-lagu bermula dari tahun 50an sehingga 2018 ini diadakan adalah untuk meraikan kegemilangan kronologi karya-karya lagu dan kelahiran artis yang menjadi nostalgia dan idola bermula dari generasi 50an hingga kini.
ASWARA4

Selain itu, konsert ini mengangkat tema Celebration of Music yang mana ia menjadi sebuah acara meraikan pencapaian ciptaan sesebuah karya lagu dan kemunculan artis tersohor dalam era tersebut.

Konsert ini turut mengetengahkan konsep You Are Your Idol yang memberi maksud identiti seseorang individu itu adalah berdasarkan duplikasi imej artis yang diminati termasuk menggalakkan para penonton untuk hadir dengan menampilkan gaya dan imej diinspirasikan daripada idola (penyanyi) dalam sesebuah era.
ASWARA5

Pemilihan lagu adalah berdasarkan pencapaian yang dianugerahkan kepada setiap karya lagu dan tersenarai dalam kemenangan Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu.

Konsert The Era juga membawakan kelainan dari segi visual dan artistik dengan sebuah persembahan yang mengekalkan estetika dan keaslian (authenticity) komposisi lagu dengan tujuan untuk memberikan senario dan mood asal dalam sesebuah transisi perubahan era muzik di Malaysia.

Antara barisan artis yang membuat persembahan adalah Alvin Chong, Ayie Elham & Eric Fuzi dari kumpulan Floor 88, kumpulan Twenty 2, Shaffiq Erwin, Azzam Sham (Idola Kecil), Idris Shah (Bintang RTM), Akmal Ayob, Alyssa Rosli (I Can See Your Voice) serta pelajar-pelajar Fakulti Muzik Aswara.

ASWARA3

Konsert The Era yang diacarakan Aril Fazrie ini juga telah mengadakan segmen pakaian terbaik iaitu #ContestTheEra, selari dengan tema You Are Your Idol yang mana penonton berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Konsert The Era ini telah mendapat kerjasama dan penajaan dari Rentap Printing Enterprise, penajaan teknikal dari Prime Time Event Consultant (PTE) & Virtuosity, penajaan cenderahati dari Popcorn Cinta, penajaan tatarias dari Love Flying Team.

ASWARA1


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BANDAR SERI PUTRA, BANGI – Seramai 1,534 graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menerima Sarjana, Ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen...
Mahasiswa bercucuk tanam dan menternak di dalam kampus? Kedengaran agak janggal, tapi itulah yang dilakukan oleh ahli Sekretariat MyAgrosis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)...
GOMBAK - Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (ePJJ), Institut Pendidikan Neo (iNED), Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menjalankan satu...
Sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat, komuniti ibu tunggal juga seharusnya dilihat sebagai kumpulan yang berpotensi untuk diperkasa, dan seterusnya berpeluang membina...
KUALA LUMPUR - Kanser saraf yang dialami ketika usia enam tahun tidak pernah mengurangkan semangat anak muda bernama Mohamad Zaki Norizan, 26, untuk bersaing dengan insan lain...
DURIAN TUNGGAL - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima menerima pendaftaran seramai 1,981 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan Sesi 2018/2019...