> PERAK > Performance of KAB's culture Art asah bakat mahasiswa Upsi
Performance of KAB's culture Art asah bakat mahasiswa Upsi
NURSAIYIDAH ABDUL RONI, UPSI Rabu | 2 Januari 2019

TANJUNG MALIM - Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengadakan satu program bertemakan "Gala Citra Bakat", anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan dengan kerjasama Sarang Art Hub.

Pengarah program, Wafa Ezzati Azmanizan berkata, program itu bagi memberi saluran kepada mahasiswa Upsi dalam mengasah bakat mereka dalam bidang kesenian di samping melatih mereka membuat persembahan di khalayak ramai.

Kumpulan Kompang daripada Kolej Aminuddin Baki

“Program ‘Performance of KAB’s Culture Art’ ini dapat meningkatkan lagi martabat serta mempromosikan nilai seni budaya yang kian hari semakin luntur dalam jiwa masyarakat, khususnya dalam generasi muda.” katanya.

Sesi perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Khalid Adam Mohammad, wakil daripada Sarang Art Hub.

Persembahan daripada NEOB8 Band

Turut hadir, felo penasihat kolej, Datin Wan Nurul Hidayu Wan Abdul Razak dan Yang Dipertua Kolej Aminuddin Baki, Mohd Aliff Ikmal Mohd Anuar.

Program ini juga turut mengadakan sesi bual bicara antara wakil kolej dan Sarang Art Hub yang membincangkan hal-hal berkaitan dengan seni di tanah air.

Katanya, seni ialah medan untuk memperluaskan kreativiti yang ada pada seseorang.

“Melalui kreativiti, kita dapat mencipta pelbagai lagi perkara yang boleh menyumbang ke arah pembangunan negara”, katanya lagi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki , Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Misi Kesukarelawanan dan Intervensi Alam Sekitar...
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal mengadakan Pesta Buku UPSI Kali Ke-16 dengan anjuran bersama Perpustakaan Tuanku Bainun dan Penerbit UPSI. Berikut merupakan...
SETIAP orang mempunyai impian masing-masing. Sama juga bagi Nur Fatin Abdul Rahman, siswi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris...
TANJONG MALIM – Atas nama tanggungjawab dan keprihatinan, seramai 15 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak kesal berkorban cuti hujung minggu demi...
IPOH - Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak- Kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Telekom Malaysia...
ARAU - Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merangkul lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang...