> AKTIVITI KAMPUS > UMT jalankan projek tingkat sosioekonomi Orang Asli Batek
UMT jalankan projek tingkat sosioekonomi Orang Asli Batek
AMIRUL SALAM, UMT Khamis | 3 Januari 2019

UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) melalui Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (Bio-D Tropika) telah mengadakan program ‘Pembangunan dan Pemerkasaan Komuniti Orang Asli Batek’ bagi memperkasakan komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Sayap, Besut.

Menggunakan peruntukan sebanyak RM20,000 daripada Dana Khas: Teras Pemindahan Ilmu bagi tahun 2018 yang dikenali sebagai Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS 2018) yang dipusatkan di bawah peruntukan Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) UMT.

Staf UMT turut merakam gambar bersama-sama komuniti orang asli yang menerima bantuan. (FOTO UMT)

Menurut Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosioekonomi), Bio-D Tropika UMT, Dr. Nor Hayati Sa’at, objektif program ini bagi meningkatkan taraf sosioekonomi orang asli.

“Terdapat tiga objektif pelaksanaan program pemindahan ilmu UMT, iaitu peningkatan pendapatan peserta dan isi rumah, pembangunan modal insan dan perubahan taraf hidup sosioekonomi penduduk. Seiring dengan objektif tersebut, institut Bio-D Tropika melaksanakan projek memperkasakan komuniti orang asli, iaitu ‘Pembangunan dan Pemerkasaan Komuniti Orang Asli Batek’ di Kampung Sungai Sayap, Besut.
Penyelidik UMT turut menyampaikan bantuan berbentuk pek makanan kepada komuniti orang asli. (FOTO UMT)

“Kami menggunakan kepakaran penghasilan madu kelulut bagi menjana sumber pendapatan memandangkan persekitaran penempatan orang asli serta kos yang agak rendah. Ujar beliau yang juga bertindak sebagai ketua projek.

“Pihak kami juga mendapat kerjasama daripada agensi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Daerah Besut, komuniti Orang Asli Sungai Sayap dan Syarikat Four N Jaya Trading bagi membekalkan sarang madu kelulut dan sesi konsultasi dengan komuniti.
Peserta program turut diajar cara mengambil madu dari sarang kelulut. (FOTO UMT)

Setiap peserta dibekalkan dengan empat sarang lebah kelulut secara percuma melibatkan empat keluarga secara keseluruhan bagi memudahkan serta memendekkan masa tuaian.

Selain itu, pihak UMT turut menyediakan peralatan tuaian madu, botol madu serta anak pokok air mata pengantin dan anak pokok jambu sebagai sumber madu kepada kelulut.

Tambah Dr. Hayati, madu-madu tersebut dibotolkan kira-kira purata 55ml sebotol dan dijual dengan RM 25.00.

Madu kelulut hasil program ini dilaksanakan. (FOTO UMT)

Antara pengisian aktiviti lain sepanjang program adalah sukaneka, penyerahan sumbangan sekolah kepada anak-anak, sumbangan beras kepada ketua isi rumah dan sumbangan pakaian.

Permainan sukan rakyat turut dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim. (FOTO UMT)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan gembira Sharul Ikmal Mohd Sukkeri, 22 tahun apabila segala perit jerih semasa belajar akhirnya berbayar apabila dia dinobatkan sebagai...
Agensi berkaitan disaran mengangkat seni kraf tangan Orang Asli di muzium bagi memastikan warisan budaya masyarakat itu tidak hilang ditelan zaman selain memastikan ia terus...
KUALA LUMPUR - Musim konvokesyen Universiti Awam (UA) kembali lagi. Terkini Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) mempertaruhkan pelbagai aktiviti yang memberi satu lagi...
Sekumpulan lapan orang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengorak langkah untuk mencetuskan program yang julung kali diadakan ini.
SINTOK - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad mahu penyelidikan yang dijalankan perlu mempunyai nilai dan integriti yang tinggi dalam...
KUALA NERUS - Delegasi sukarelawan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini telah berjaya mengagihkan bantuan kepada mangsa tragedi gempa bumi tsunami yang melanda Kota Palu,...