> PERAK > Tanam pokok bakau pelihara alam semulajadi
Tanam pokok bakau pelihara alam semulajadi
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 8 Januari 2019

KUALA SEPETANG - Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dengan kerjasama Eco Tourism Perak mengadakan Program Santunan Komuniti Warisan Alam 2018 (SAKURA 18) di sini.

SAKURA 18 dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang betapa pentingnya eko-sistem semulajadi ini.

Mahasiswa Upsi menanam pokok bakau.

Menurut pengarah program, Hidayah Rahabudeen pihaknya bertuah kerana lokasi Hutan Bakau Simpan Matang di Perak ini merupakan salah sebuah kawasan bakau yang mempunyai sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan binaan bangunan.

Katanya, program yang melibatkan 40 orang mahasiswa Upsi pelbagai jurusan itu juga mempelajari dan melihat sendiri proses penanaman pokok bakau yang dilakukan di pusat tersebut.

Mahasiswa Upsi diberi info berkenaan spesis pokok bakau di kawasan tersebut

"Kami juga berpeluang untuk mencari benih dan berkesempatan menanam sendiri benih pokok bakau.

"SAKURA 18 yang dijalankan dapat membantu mahasiswa mengenali dengan lebih dekat spesis pokok bakau antaranya spesies Api-api Avicennia, bakau Kurap Rhizophora, Perepat Sonneratia dan Berus Bruguiera," katanya.

Turut hadir bersama Penolong Pendaftar Kolej, Mastura Mustafa, Penasihat Program, Diana Jumadi.

Mahasiswa Upsi yang terlibat dalam SAKURA 18

Kata Hidayah, selain dari menanam benih pokok bakau, mahasiswa juga diketengahkan dengan proses pembuatan arang yang berada tidak jauh dari pusat tersebut.

Menurutnya, kilang arang yang telah beroperasi puluhan tahun itu antara pembekal arang utama di Perak dan seluruh negara.

"Malah, mahasiswa yang hadir juga berkesempatan meneroka sejarah dan warisan Taiping dan kawasan sekitar sebelum pulang semula ke Upsi," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Program Permata Bakti 2.0 anjuran Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menyantuni masyarakat Orang Asli Kampung Cuweh, di sini.
Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki , Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Misi Kesukarelawanan dan Intervensi Alam Sekitar...
TANJUNG MALIM - Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengadakan satu program bertemakan "Gala Citra Bakat", anjuran Exco Kesenian dan...
TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) akan mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris Ke-20 yang akan diadakan pada 30 Oktober...
TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menandatangani memorandum perjanjian (MoU) dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi melaksanakan kerjasama...
TANJUNG MALIM — Arus pemodenan yang semakin pantas berkembang telah memperlihatkan minat belia negara dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) semakin...