> SEL KL > UiTM masih kekal dasar hanya untuk penuntut bumiputera – VC
UiTM masih kekal dasar hanya untuk penuntut bumiputera – VC
BERNAMA Jumaat | 11 Januari 2019

SHAH ALAM – Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said menegaskan bahawa universiti itu masih kekal dengan dasar asalnya iaitu hanya menerima kemasukan penuntut bumiputera.

Beliau berkata, dasar itu masih relevan berikutan keperluan kaum bumiputera khususnya dari kawasan pedalaman yang miskin masih ramai lagi.

“Kita lihat UiTM telah beri impak yang besar kepada penyatuan bangsa Malaysia, kita menyumbang kepada equity for unity. Maknanya equity itu penting untuk penyatuan bangsa Malaysia dan UiTM masih lagi relevan untuk menyumbang ke arah itu, jadi buat masa ini belum masanya untuk kita ubah dasar itu,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara UiTM dengan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi di UiTM Puncak Alam di sini, hari ini.

Hassan diminta mengulas kenyataan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub pada Rabu, bahawa kemasukan ke UiTM boleh dibuka kepada bukan bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah bagi menjamin keseimbangan persaingan antara pelbagai kaum di negara ini.

Ditanya sama ada cadangan itu bertujuan untuk meningkatkan ranking UiTM, Hassan berkata ranking universiti itu cuma untuk peringkat antarabangsa.

“Di Malaysia, ini tiada kena mengena dengan ranking, skor ranking ialah bila kita dapat (bilangan kemasukan) pelajar antarabangsa yang tinggi, tetapi dalam bentuk bangsa lain di negara ini, mereka boleh bersama dengan kita dalam bentuk mobiliti.

“Jadi tidak semestinya mereka (kaum lain) berdaftar dengan UiTM sepenuh masa tetapi mereka boleh mendaftar untuk bersama kita untuk satu, dua semester dan ini ada konsep integrasi di situ.

“Kita nak juga pelajar-pelajar UiTM pergi ke kolej dan universiti swasta bersama mereka dalam satu, dua semester untuk sama-sama memahami, inilah konsep integrasi. Jadi dengan proses mobiliti ini tidaklah sampai kita terpaksa mengubah dasar,” katanya. - BERNAMA


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SHAH ALAM - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said hari ini telah mengumumkan bahawa UiTM kini tersenarai pada tangga ke-137 dalam...
SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bercadang mewujudkan pusat kecemerlangan mengenai sekuriti siber di universiti itu dalam tempoh terdekat, sebagai usaha memperkasa...
KUALA LUMPUR - Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan graduan yang memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), kata Naib...
DENGKIL - Terkesan dengan video kucing mengandung yang dimasukkan ke dalam mesin pengering baju yang tular baru-baru ini, sekumpulan pelajar asasi TESL Universiti Teknologi MARA...
MENJADI barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah Kolej Vokasional pasti akan merasa kelainan disebabkan perbezaan situasi dan persekitaran berbanding di Institut Pengajian...
SHAH ALAM - Budaya membaca perlu disemai benihnya sejak kecil supaya mereka harus merasai ‘keseronokannya’. Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Panglima Dr...