> KELANTAN > Pensyarah sambilan UMK maut kemalangan
Pensyarah sambilan UMK maut kemalangan
WARTAWAN SINAR HARIAN Isnin | 14 Januari 2019

TANAH MERAH - Seorang pensyarah sambilan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sendiri di hadapan Gudang Ang Kim Lim di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Mohd Razali Che Hamid, 56, dipercayai dalam perjalanan dari Klewek ke bandar Tanah Merah.

Mangsa yang menunggang motosikal berseorangan, turut membawa bersamanya dua ekor ayam hidup. Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas di atas jalan menghala ke bandar Tanah Merah.

Mohd Razali disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan di Jalan Wan Ahmad di sini, seorang lelaki kurang siuman maut selepas dilanggar sebuah kenderaan, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan berhubung kedua-dua kejadian tersebut.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut.

“Pemandu kereta yang terlibat kemalangan pagi semalam sudah datang ke balai polis untuk membuat laporan. Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PASIR MAS - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada waris enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba...
KEMAMAN - “Syukur ALLAH SWT makbulkan doa saya sebab mayat anak tidak hanyut ke tengah laut dan arwah ditemui masih dalam keadaan baik,” kata Zamzuradi Othman, 46, selepas...
Pastinya bagi penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) pernah mendengar cerita seram yang akan meremangkan bulu roma masing-masing. Selain mendengar kisah yang diceritakan...
KULAI - “Saya masih lagi trauma dan tetap terasa ada gegaran saat mahu baring,” luah Nordziakon Husnan, 32, yang terkandas di Lapangan Terbang Sapporo, Jepun sejak Rabu...
KOTA SAMARAHAN - Perasaan gembira, puas hati, hiba, pilu dan sedih bercampur baur dalam diri Nina Bayang, 28, apabila ijazah yang diimpikan selama ini telah berjaya digenggam....
KOTA TINGGI - Seorang pelajar politeknik maut selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan membabitkan dua kereta di KM71 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran pejabat Risda,...