> Gangguan lalat, cetus idea dua pensyarah PMM cipta Muscarid
Gangguan lalat, cetus idea dua pensyarah PMM cipta Muscarid
ROZER MASUDIN, PMM Selasa | 15 Januari 2019

Dua orang pensyarah Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau iaitu Mohd Firdaus Mustakim Yahya dan Abdul Hasnal Abdullah bersama para pelajarnya telah berjaya menghasilkan sebuah produk inovasi yang dapat menghalau lalat daripada menghampiri kawasan yang tidak diingini.

Produk yang dinamakan Muscarid ini merupakan hasil cetusan idea melalui pemerhatian masalah gangguan lalat terutama semasa menghadiri kenduri atau berkunjung ke medan selera.

Menurut Mohd Firdaus, kehadiran lalat boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai terutama ketika berkunjung ke kawasan kedai makan.

“Saya pernah pergi ke medan selera di suatu tempat yang dipenuhi dengan lalat sedangkan saya amat yakin, peniaga di kawasan tersebut telah berusaha untuk menghalau lalat tersebut. Bermula daripada saat itu, saya terfikir untuk menghasilkan alat bagi tujuan ini.

Firdaus (kanan) bersama Hasnal bagi mempertandingkan Muscarid di pertandingan iCreatEVO18.

“Muscarid merupakan sebuah produk yang mengeluarkan bauan wangi cengkih menyegarkan dan dapat mengurangkan kadar gangguan lalat. Ini kerana lalat tidak gemar akan bauan yang wangi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Muscarid mempunyai fungsi tambahan seperti pencahayaan lampu LED pada bahagian permukaan kotaknya selain reka bentuk yang menarik serta sesuai untuk dipasarkan secara komersial.

Penyerahan produk untuk digunakan oleh kedai makan SP Beriani Batu Pahat.

“Produk ini turut menyediakan ciri-ciri keselamatan iaitu apabila pintu kotak dibuka untuk tujuan pengisian semula bahan penghalau, dengan secara automatik, kipas akan berhenti.

“Selain itu, kami turut menyediakan pilihan kepada pengguna sama ada kipas dihidupkan secara automatik ataupun secara manual,” katanya lagi.

Terbaharu, Muscarid telah digunakan oleh sebuah kedai yang terletak di Negeri Melaka bagi merasai sendiri keberkesanannya.

Firdaus (kanan) mewakili Politeknik Merlimau ke Pameran Kecemerlangan Inovasi Staf (PaKIS18) baru-baru ini di Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, produk ini telah memenangi beberapa pertandingan. Yang terkini, memperoleh keputusan selaku juara kategori sains sosial sempena penganjuran peringkat antarabangsa iCreatEVO18 yang telah berlangsung di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor http://www.pis.edu.my/index.php/ms/.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PENGHUJUNG Ogos lalu, pelajar Interior Design Association (Ideas), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Seri Iskandar, Perak telah mengadakan projek khidmat masyarakat,...
BERTERASKAN perkongsian kepakaran kejuruteraan antara penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (SMKIS) Jasin di bawah...
ARAU – Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) baru-baru telah berjaya menghasilkan satu inovasi yang dinamakan Poutergeist mesin untuk membentuk inti Pau Bakar dengan...
Idea menghasilkan alat ini adalah bagi membantu meringankan permasalahan dihadapi seorang kurang keupayaan terutama sekali pesakit strok dan pesakit yang sentiasa terbaring dan...
Penyelidik UUM beraksi cemerlang apabila merangkul pingat emas sempena International Research Innovation, Invention & Solution Exposition (IRIISE 2018) di Universiti Malaya (UM),...
Program CSR Kelestarian Alam: Bakau Forest Friend (BFF) telah diadakan di Taman Bencah Setiu. Program ini melibatkan 40 orang termasuk 27 pelajar baharu Politeknik Hulu Terengganu...